Kanak-Kanak India Sekolah Pasti

Kagum! Kanak-Kanak India Ini Fasih Berbahasa Arab Hasil Didikan Di PASTI

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ketika segelintir ibu bapa bangsa Melayu cenderung menghantar anak mereka ke sekolah Cina, sekolah swasta atau sekolah antarabangsa, ada juga segelintir golongan bangsa selain Melayu menghantar anak mereka di sekolah agama Islam.

Contohnya, pra-sekolah aliran agama seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kebiasaannya dipenuhi oleh kanak-kanak Melayu dan mereka yang beragama Islam. Namun, apa yang dikagumi apabila salah sebuah sekolah PASTI di Johor ini mempunyai seorang pelajar berbangsa India.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ismail Haji Muhammad telah memuat naik satu hantaran dan berkongsi beberapa keping gambar mengenai kanak-kanak berkenaan.

Menurut Ismail, pelajar itu yang diberi nama Reshannya turut berjaya menghafal dan fasih membaca doa makan dan doa sebelum belajar dalam bahasa Arab.

“Adik Reshannya, pelajar yang cukup istimewa daripada PASTI kami. Fasih membaca doa makan dan doa sebelum belajar dalam Bahasa Arab,” tulisnya.

Hantaran tersebut mendapat lebih 400 kesukaan dan 455 perkongsian setakat ini. Rata-rata netizen memuji tindakan murni ibu bapa pelajar berkenaan yang tidak lokek menghantar anaknya ke sekolah berasaskan pembelajaran agama Islam.

Kanak-Kanak India Sekolah Pasti
Sumber: FB IsmaJannah

Ditanya tindakan ibu bapa pelajar berkenaan menghantar anak mereka di sekolah PASTI, Ismail menjawab ibu bapa mereka sangat berminat dan mereka sendiri yang memohon anaknya ke PASTI.

Katanya, ibu Reshannya pernah menghantar anaknya ke tadika lain tetapi di PASTI ia memberi perkembangan positif kepada anaknya apabila berada di sekolah itu.

Bagi segelintir masyarakat, ia pasti menjadi sesuatu yang luar biasa di mata mereka memandangkan belum atau jarang mendengar mereka yang berlainan bangsa menghantar anak mereka ke sekolah berlainan aliran.

Sebenarnya, PASTI pernah menerima kemasukan pelajar berbangsa India dan beragama Hindu. Inilah pencapaian yang dimiliki rakyat Malaysia yang mana kita mampu menerima perbezaan walaupun berlainan bangsa dan agama.

Sumber: FB IsmaJannah

 

Siapa sahaja yang tak kenal genre seram dari Stephen King.

12 Filem Adaptasi Terbaik Stephen King

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.