Kaedah Pencegahan Kesihatan Awam KKM Selari Dengan Cara Tokoh Perubatan Ibnu Sina 2

Kaedah Pencegahan KKM Tangani Pandemik COVID-19 Selari Dengan Cara Tokoh Perubatan Ibnu Sina

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Biar pun berbeza zaman, prinsip asas kesihatan awam masih kekal dan tidak berubah. Itu kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai kaedah pencegahan kesihatan awam yang diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani pandemik COVID-19.

Kaedah pencegahan yang diguna pakai KKM menepati kaedah tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina pada 10 abad (1,000 tahun) yang lalu semasa mendedahkan mengenai sifat wabak.

BACA: Dr Noor Hisham Disenarai Antara Tiga Doktor Terbaik Dunia Tangani Krisis COVID-19

Dalam satu hantaran baharu, Dr Noor Hisham berkongsikan satu petikan filem yang dihasilkan pada tahun 1968 yang menceritakan mengenai kisah Ibnu Sina.

Klip pendek filem tersebut yang turut dibincangkan dalam buku tulisannya yang bertajuk The Canon of Medicine memaparkan babak di mana Ibnu Sina menasihati supaya penduduk pada zaman tersebut mencuci tangan dengan menggunakan cuka, menukar kepada pakaian yang bersih selain daripada menyapa tanpa melakukan sentuhan sebagai langkah mengelakkan wabak berjangkit sehingga boleh menyebabkan kematian.

KKM Gagal Lindungi Petugas Kesihatan

Malah dalam filem itu juga, penduduk diminta agar tidak panik, menjauhi mereka yang sakit, mengelakkan diri daripada berkumpul beramai-ramai kerana wabak boleh disebarkan melalui bakteria kecil selain daripada arahan penutupan kedai dan masjid bagi sementara waktu.

The Canon of Medicine merupakan sebuah ensklopedia besar yang menyentuh secara menyeluruh mengenai perubatan. Buku yang mempunyai sejuta patah perkataan ini dibahagikan kepada lima bahagian (buku):

  1. Prinsip Am Amalan Perubatan – prinsip am perubatan
  2. Rawatan Ringkas – ubat-ubatan ringkas dan bahan pengubatan
  3. Penyakit Setempat – rawata terapi yang disusun mengikut bahagian yang sakit
  4. Penyakit Am – penyakit yang tidak terhad kepada bahagian tubuh tertentu seperti deam
  5. Pengubatan Campuran – resipi pengubatan atau ubat-ubat campuran

Selari dengan langkah KKM dengan kerjasama kerajaan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19 menyaksikan sektor ekonomi dan sosial ditutup kecuali sektor-sektor yang berkepentingan seperti kesihatan dan makanan.

Hasil daripada langkah yang dijalankan, graf kes jangkitan akibat pandemik COVID-19 di Malaysia berjaya dilengkungkan sehingga menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya mengawal penularan wabak tersebut.

BACA: Berjaya Lengkungkan Graf Jangkitan, Ini Yang Perlu Negara Lain Belajar Dari Malaysia