Kabinet Setuju Untuk ‘Darurat’, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Kabinet Setuju Untuk ‘Darurat’, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perkataan darurat menjadi perbincangan hangat di media sosial kini. Ini berikutan daripada laporan media yang mengatakan bahawa pada hari ini (23 Oktober 2020), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra di Putrajaya berkenaan dengan darurat.

BACA: Apa Kesan Jika Negara Isytihar Darurat COVID-19?

Ianya dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa; ketika portal berita pro Azmin Ali berkata isu kerajaan darurat adalah antara pilihan yang ada.

Menurut Malaysia Dateline, ia berikutan daripada kebimbangan Muhyiddin Yassin mengenai Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada November hadapan tidak akan diluluskan sekiranya sekelompok sahaja Ahli Parlimen UMNO yang bertindak menentangnya – membawa kepada gambaran Ahli Parlimen hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan hari ini.

Dari beberapa sumber, beberapa kenderaan yang dinaiki meneri-menteri Kabinet juga dilihat memasuki kawasan Perdana Putra antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin selain daripada kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.

Maksud Undi Tidak Pecaya Menurut Perlembagaan Negara

Menurut sumber FMT pula, pegawai kanan di Putrajaya dikatakan mahu Putrajaya melaksanakan darurat separa di zon merah, termasuk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Daripada sumber rapat dengan rundingan, mereka mahu sidang Parlimen selama 27 hari dari 2 November hingga 15 Disember ini digantung kerana bimbang ‘kluster Parlimen’ berlaku selain daripada mengurangkan ketidakstabilan politik semasa.

Kabinet Setuju Untuk ‘Darurat’, Ini Yang Perlu Anda Tahu 1
Sumber: BH

TERKINI, seorang anggota Kabinet mengesahkan perkara itu bahawa usaha melaksanakan darurat sedang dijalankan. Jika kabinet bersetuju untuk darurat apa yang kena anda faham mengenainya?

Ini penjelasan Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A. Aziz mengenai darurat yang kini diakatakn sudah dipersetujui Kabinet.

Apa yang perlu anda tahu tentang darurat?

DARURAT:

Satu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. Pemasyuran dibuat oleh YDPA melalui satu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.

Kesan darurat:

  1. Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara ditentukan pihak eksekutif.
  2. Tentera boleh ambil alih teraju berkenaan keselamatan negara sekranya keadaan memerlukan – terutamanya bila darurat diisytiharkan kerana berlakunya ancaman pada keselamatan engara
  3. Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.
  4. Dewan Rakyat ditangguhkan

Kebenaran darurat dalam Perlembagaan

Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan salah satu daripada peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat.

  • Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif.
  • Keganasan Terancang.
  • Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat.

YDPA dan Pengisytiharan Darurat

YDPA ada kuasa prerogatif dalam pengisytiharan darurat iaitu kuasa yang dimiliki oleh institusi beraja dari awal sebelum gubalan Perlembagaan Persekutuan bagi Tanah Melayu.

Perkara 150 (1) menyatakan:

“Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”.

Mengambil keputusan kes Teh Cheng Poh oleh Privy Council pada tahun 1979, pengsiytiharan darurat oleh YDPA perlu dibuat atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri atau seorang Menteri yang diberikan kuasa oleh Jemaah Menteri.

Tiga asas yang boleh digunakan YDPA bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu ancaman kepada:

  1. Keselamatan negara
  2. Keselamatan ekonomi, atau
  3. Ketenteraman awam

Darurat boleh diisytiharkan pada bila-bila masa sama ada semasa Parlimen masih ada, sedang bersidang, tidak bersidang atau pun bubar. Syarat yang diperlukan ialah bukti bahawa tiga eleman (asas) di atas telah atau hampir berlaku.

Dedah ‘Kedegilan’ Tun M Lepaskan Jawatan PM Ke-7, Ini Antara ‘Sindiran’ Agong Di Parlimen
Sumber: Astro Awani

Peranan YDPA Semasa Darurat

  • YDPA boleh memasyurkan undang-undang (Ordinan) sekiranya baginda berpuas hati dengan hal atau keadaan tertentu yang menyebabkan perlu bagi baginda mengambil tindakan serta merta – Perkara 150 (2B)
  • Sekiranya Parlimen telah mula bersidang secara serentak, kuasa YDPA terhenti dan kuasa perundangan dipulangkan kepada Parlimen. Sekiranya Parlimen telah kembali bersidang secara serentak, semua kuasa membuat undang-undang kembali kepada Parlimen walaupun keadaan darurat masih berlangsung.
  • Walaubagaimana pun, Parlimen boleh membuat Ordinan untuk memberikan kuasa kepada YDPA untuk membuat undang-undang (keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh).

Parlimen boleh buat undang-undang semasa darurat?

  • Parlimen boleh membuat Ordinan jika didapati oleh Parlimen dikehendaki bagi tujuan darurat dan prosedur perundangan boleh diketepikan. Undang-undang ini adalah sah walaupun ia tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
  • Parlimen tidak boleh membuat Ordinan darurat dalam beberapa perkara tertentu sahaja, iaitu Hukum Syarak (Undang-Undang Islam), adat Melayu atau undang-undang atau adat anak Negeri di Sabah dan Sarawak. Parlimen juga tidak boleh membuat Ordinan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan dalam perkara berhubungan dengan agama, kewarganegaraan atau bahasa. (150(6A)).
  • Proklamasi darurat dan Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen apabila keduanya bersidang serentak.

Bila Darurat Akan Berakhir?

Perkara 150 tidak menyebut secara nyata tentang isu pengungkaian (annulling) proklamasi darurat – bila dan siapa. Perkara 150(3) menyebut secara tidak langsung,
“Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) … hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi…” Frasa yang bergaris ini menunjukkan pengungkaian (annulment) suatu proklamasi dan undang-undang darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu boleh dibuat melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.”