‘K-Zombie’ Lebih Realistik, Tonton Bagaimana Perwatakan Zombi Dihasilkan 2

‘K-Zombie’ Lebih Realistik, Tonton Bagaimana Perwatakan Zombi Dalam Filem/Drama Korea Dihasilkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Umum sedia maklum, filem sekuel Train to Busan (2016) iaitu Peninsula (2020) mendapat kutipan pecah panggung di seluruh dunia.

Mengisahkan mengenai askar yang dihantar bersama pasukannya untuk membawa pulang wang dalam trak di kawasan yang kesemuanya sudah bertukar menjadi zombi, filem ini dibarisi pelakon hebat Gang Dong-won, Lee Jung-hyun dan Lee Re ini.

Ini Yang Boleh Anda Jangka Dalam Sekuel Train To Busan Presents Peninsula 4

Dengan genre aksi seram, filem arahan Yeon Sang-ho ini mendapat pujian ramai terutamanya pada keberkesanan watak-watak zombi di dalamnya yang menjadi teras kepada plot cerita.

Untuk pengetahuan anda, melakonkan watak zombi tidaklah semudah yang disangkakan.

Han Sung Soo, seorang pelakon yang banyak melakonkan watak zombi dalam beberapa filem zombi terkenal antaranya Train to Busan: Peninsula (2020), Alive (2020), Train to Busan (2016) dan Seoul Station (2015).

‘K-Zombie’ Lebih Realistik, Tonton Bagaimana Perwatakan Zombi Dihasilkan 1
Han Sung-soo.

Beliau mendedahkan untuk menjayakan watak zombi, usaha pelbagai pihak adalah perlu dan ini termasuklah daripada pihak pengarah, pereka tari (koreografer) dan pelakon.

Penulis beberapa novel zombie, Choung Myung Seob memberitahu perwatakan zombi adalah penting – perlu pantas dan menjayakan aksi akrobatik untuk kesan suspen yang lebih tinggi.

Keunikan yang ada pada perwatakan zombi dalam filem atau drama Korea menjadikan filem dengan konsep sebegini menerima sambutan yang menggalakkan di dunia.

Untuk menjadi zombi, Sung Soo berpendapat pelakon perlu bebas daripada sebarang pemikiran “apa yang saya  lakukan” bagi membolehkan watak zombi menjadi tanpa sebarang pergerakan seakan manusia.

Sumber:

  1. Korea.net
  2. sNack!