
‘K-Clique Tak Boleh Cari Makan Dah’ – MB Selangor Tunjuk Bakat Rap Tarik Perhatian Netizen
MB Selangor Tunjuk Bakat Rap Tarik Perhatian Netizen.
Bukan cuma menjaga kebajikan rakyat dan berpolitik, siapa sangka Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari juga berbakat dalam bidang nyanyian iaitu sebagai penyanyi rap.
Amirudin Shari mencuri tumpuan netizen apabila tampil menerusi sebuah muzik video Standing In The Eyes Of The World dengan persembahan rap bersempena sambutan Hari Malaysia.
Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, menunjukkan Amirudin beraksi di samping penyanyi asal lagu tersebut Ella, Lah Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) muda negeri Selangor.
Turut yang menyumbangkan suara ialah Juwairiya Zulkifli (Bukit Melawati) Rajiv Risyakaran (Bukit Gasing), Michelle Ng (Subang Jaya), Lim Yi Wei (Kampung Tunku), Edry Faizal Eddy Yusof (Dusun Tua), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama) dan Chua Wei Kiat (Rawang).
Rata-rata netizen memuji idea kreatif dan tidak menyangka MB Selangor serta ADUN lain mempunyai bakat menyanyi.
“Suka part MB selangor buat movement kepala, nampak betul-betul menjiwai lagu bhai.”
“MB Selangor ni memang another level, K-Clique is shaking.”
“Kalah Menteri Besar Perak ni, good one.”
“MB Selangor memang rapper ke?”
Standing In The Eyes Of The World asalnya dinyanyikan Ella kira-kira 22 tahun lalu sempena penganjuran Sukan Komanwel 98 di Kuala Lumpur. Lagu berkenaan diilhamkan komposer Wah Idris manakala liriknya hasil buah tangan Habsah Hassan.
Semasa AS meraikan hari kemerdekaan mereka yang ke-244 pada 4 Julai lalu, beberapa penyanyi negara terbabit – termasuk Rolin Alexis dan Chris Rossi dari kumpulan reVoiced – menyanyikan lagu berkenaan.
Versi berkenaan turut mendapat sentuhan penyanyi dan komposer AS David Gates.
Bercakap tentang hiburan, tahukah anda Dr Mahathir mempunyai akaun dengan profil ‘Still Young’ (masih muda) walaupun usianya sudah pun menjangkau 95 tahun?
BACA: Pada Usia 95 Tahun, Dr Mahathir Buka Akaun TikTok
Sumber: Mkini