Battle Royale

Jutawan Mahu Anjurkan ‘Battle Royale’ Di Pulau Persendirian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Khas buat peminat PUBG, Fortnite dan Apex Legends. Impian anda untuk saling berbunuhan sesama sendiri bakal direalisasikan tidak lama lagi.

Tajuk berita sebegini biasanya kita terima pada 1 April sahaja kan? Pada mulanya, kami sendiri pun sukar untuk mempercayainya.

Satu acara ‘betul-betul’ yang melibatkan 100 orang yang terdampar dan berbunuhan di atas sebuah pulau kini dalam perancangan.

Mengambil inspirasi dari filem Jepun Battle Royale (2000), plot sebegini terus diperluaskan oleh Hollywood melalui siri The Hunger Games (2012-2015).

Pada dasarnya, plot yang hampir sama telah digunakan sejak Rollerball (1975) dan The Running Man (1987) lagi.

Terus menyusul siri TV realiti seperti Survivor (2000– ), filem-filem seperti The Condemned (2007) dan The Tournament (2009) serta kebanjiran pelbagai permainan video seumpamanya.

1
Kredit: GameSpot.com

Terbaru, laman web Hush Hush yang dikenali sebagai “pusat pemasaran barangan mewah terkemuka di dunia” telah menerima satu permintaan dari seorang jutawan yang tidak mahu dikenali mempelawa penganjur berskala besar untuk mengadakan pertandingan ‘battle royale’.

Peserta bagaimanapun hanya dibenarkan ‘berbunuhan’ menggunakan senjata ‘airsoft’ dan ‘body armour’ yang sensitif terhadap sentuhan sahaja. (Fuh! Nasib baik) Pemenang akhir akan menerima hadiah £100,000.

2
Kredit: GameSpot.com

Acara akan berlangsung selama 3 hari dengan pertandingan selama 12 jam diadakan setiap hari. Peserta dibenarkan untuk berkhemah bersama si Nopal pada waktu malam dengan peralatan dan makan minum disediakan.

Pengasas Hush Hush Aaron Harpin berkata, “Jika kejohanan ini berjaya, ia akan diadakan setiap tahun!” Kontrak bernilai £45,000 akan dianugerahkan kepada penganjur yang layak.

Pertandingan dijangka mengambil masa 6 minggu dan £1,500 akan dibayar setiap hari kepada pengelola. Permohonan boleh dibuat melalui laman web Hush Hush.

3
Kredit: GameSpot.com

Kebelakangan ini, banyak masalah sosial melibatkan permainan ‘battle royale’ sebegini.

BACA: Dilarang Main PUBG, Remaja Ini Bunuh Diri dan Mahasiswa Ditahan Polis Gara-Gara Main PUBG

Ramai pula yang menyarankannya agar dipantau termasuklah baru-baru ini Putera Harry dari England yang mendesak ia diharamkan.

Kebelakangan ini juga, ramai yang mempercayai bumi ini berbentuk leper, vaksin dicipta untuk kurangkan populasi penduduk dan kerajaan dunia dipimpin oleh makhluk asing reptilia.

Kami rasa, hanya menunggu sedikit masa sahaja lagi untuk ramai pula yang ingin melihat ‘battle royale’ menggunakan peluru hidup.

Adakah filem dan permainan video wajar dipersalahkan?

 

Sumber: IGN