
Jutawan Kuarantin Diri Dalam Kapal Persiaran Mewah, Adakah Ia Tetap #StayAtHome?
Jutawan kuarantin diri dalam kapal persiaran, adakah konsepnya sama seperti #StayAtHome?
Ketika rakyat marhaen hanya duduk di rumah dalam tempoh perintah kawalan pergerakan mahu pun perintah berkurung, lain halnya dengan sebahagian golongan jutawan.
BACA: Nilai Kekayaan Pengasas Amazon.com Semakin Meningkat Susulan Pandemik COVID-19
Salah seorang daripada pengasas DreamWorks, David Geffen pada bulan lalu pernah mendapat kritikan ramai selepas memuat naik satu keping gambar kapal persiaran mewah dengan kapsyen, “terpencil di Grenadines”.
Memberi gambaran seolah pengasingan diri semasa wabak pandemik COVID-19 adalah sebagai satu ‘percutian’ dan bukannya kesusahan, Geffen kemudiannya memadam semula hantaran tersebut.
Jutawan kuarantin diri dalam kapal persiaran mewah.
Menurut Rupert Connor, wakil daripada Luxury Yacht Group LLC memberitahu, ada sebahagian jutawan yang memilih kapal persiaran mewah sebagai satu cara pengasingan diri daripada ‘kegilaan dunia’.

Tambah Connor, mereka yang memilih cara berkenaan memiliki keperluan yang cukup sehingga mampu menampung keperluan selama berbulan-bulan lamanya. Kru-kru yang dibawa juga kebanyakannya memiliki latihan perubatan.
Menjelaskan keadaan sebenar, kapal persiaran tersebut tidak bergerak, sebaliknya hanya kekal berada di pulau yang membolehkan mereka menerima bantuan daripada pengangkutan udara.
BACA: Genting Beli Kapal Persiaran Mewah Equanimity Pada Harga RM514 Juta
Tidak menawarkan perkhidmatan untuk tujuan jangka panjang pengasingan diri, syarikat Luxury Yacht memberitahu mereka tidak mahu mengambil risiko yang berkemungkinan, memandangkan tiada bukti saintifik yang menyatakan bahawa pengasingan diri di kapal persiaran adalah ‘bersih’.
Sumber: CNN