Jutawan Jepun Cari Teman Wanita Ke Jepun

Jutawan Jepun Cari Teman Wanita Untuk Temani ‘Percutian’ Ke Bulan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Usahawan dan jutawan Jepun, Yusaku Maezawa baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas melancarkan iklan dalam talian bagi mencari teman wanita untuk menemaninya ‘bercuti’ di bulan.

Beliau yang baru sahaja memutuskan hubungan dengan seorang pelakon wanita Jepun mencari individu wanita berusia 20 tahun ke atas yang mahu menikmati hidup dengan sepenuhnya.

Jutawan Jepun Cari Teman Wanita Ke Jepun 1

Atas faktor kesunyian dan usia yang sudah meningkat, Maezawa yang kini memasuki usia 44 tahun bersetuju usaha pemilihannya akan disiarkan di stesen penstriman AbemaTV, Full Moon Lovers.

Menamakan projek tersebut sebagai Dear Moon, Maezawa dikhabarkan akan terbang mengelilingi bulan pada 2023 sebagai penumpang swasta pertama dengan SpaceX Elon Musk.

Antara syarat lain untuk calon teman wanita bekas pemilik fesyen Zozo Inc. ini ialah mestilah berminat dan bersedia untuk ke angkasa selain daripada seseorang yang sentiasa harapkan pada keamanan.

BACA: Elon Musk Tawar Pelan Internet Paling Murah Dan Laju Ke Seluruh Dunia Menjelang 2020

Bakal ditutup pada 17 Januari ini, Maezawa dijangka akan memilih penemannya ke bulan pada akhir bulan Mac.

Jika anda rasa anda layak dan mampu, kenapa tidak mahu mencuba?

Sumber: Japan Times