Jutawan Jepun Batal Hasrat Cari Teman Wanita Ke Bulan

Jutawan Jepun Batal Hasrat Cari Teman Wanita Untuk Temani ‘Percutian’ Ke Bulan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Awal Januari lalu, seorang jutawan Jepun, Yusaku Maezawa meluahkan hasrat dengan melancarkan iklan dalam talian untuk mencari teman wanita bagi menemaninya ‘bercuti’ di bulan.

Bagaimanapun, memberi kekecewaan kepada lebih 27,000 wanita yang sudah menghantar permohonan untuk mencuba nasib menjadi teman sehidup semati beliau kerana Maezawa telah membatalkan hasratnya itu sekali gus tidak menjadi penumpang pertama SpaceX Elon Musk.

Jutawan Jepun Batal Hasrat Cari Teman Wanita Ke Bulan
Sumber: SCMP

Keputusan mengejut yang dibuat oleh ketua syarikat fesyen dalam talian Zozo dikongsi menerusi ciapan di Twitter.

“Atas sebab peribadi, saya memaklumkan Abema TV semalam (kelmarin) mengenai keputusan saya untuk tidak terbabit dengan dokumentari mencari jodoh itu.

“Oleh itu, saya minta rancangan itu dibatalkan. Saya sedar keputusan ini menghampakan ramai orang terutama mereka yang sudah menghantar permohonan, kakitangan serta seluruh tenaga produksi di Abema TV.

“Saya mohon maaf atas keputusan ini walaupun ia nampak seperti mementingkan diri,” katanya.

Sebelum ini, Maezawa bersetuju dengan idea mencari teman wanita kerana kesunyian dan usianya yang kian meningkat.

Maezawa menawarkan peluang keemasan itu selepas memuat naik iklan di Twitter miliknya dan dia sepatutnya membuat keputusan menjelang akhir Mac.

Agaknya sebab apa ya tiba-tiba beliau membuat keputusan begitu?

Sumber: SCMP