
Jurang Pendapatan Golongan Kaya Dan Miskin Di Malaysia Semakin Besar Susulan Pandemik
Susulan daripada pandemik COVID-19 yang melanda dunia, seorang pakar ekonomi yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah di Malaysia Institute of Economic Research (MIER), Dr Muhammed Abdul Khalid berkata jurang pendapatan di antara golongan kaya dan miskin di Malaysia dikhuatiri menjadi semakin luas.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1977799249019948
Ini kerana impak ekonomi akibat COVID-19 banyak melibatkan golongan bawahan dan berpendapatan rendah yang merupakan kelompok paling terdedah kepada risiko ekonomi terutamanya mereka yang bekerja sendiri.
Sedangkan pada masa yang sama golongan kaya tidak terlalu terkesan dengannya kerana pasaran saham yang naik hampir 20% sejak April lalu hanya menguntungkan golongan kelas atasan yang membawa kepada pelebaran jurang pendapatan antara kedua golongan ini.
Tambah beliau, landskap ekonomi rakan dagang negara yang tidak menunjukkan pemulihan menambahburukkan keadaan kerana pada ketika ini landskap ekonomi negara juga tidak mencerminkan fasa pemulihan.
Menurut Muhammed yang juga menulis buku The Colors of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia, bagi menjayakan fasa pemulihan, dasar intervensi kerajaan harusnya bersifat lebih holistik dan bukannya ad-hoc demi memberi keyakinan kepada pelabur dan rakyat dengan memberi contoh negara jiran Singapura yang menyediakan subsidi upah untuk tempoh yang lebih lama telah memudahkan firma dan syarikat untuk membuat pelan pemulihan yang lebih baik.
BACA: Jumlah Pengangguran Di Malaysia Meningkat Kepada 2.05 Juta Sepanjang Wabak COVID-19
Pertengahan Februari lalu, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan sekitar 100,000 rakyat Malaysia berisiko untuk hilang pekerjaan mereka.
Setakat Mei lalu, kadar pengangguran di Malaysia meningkat kepada 5.3% membawa kepada jumlah pengangguran menurut Jabatan Perangkaan adalah seramai 826,100 orang dengan penambahan bulan ke bulan terus meningkat.
Sumber: Astro Awani