Jumlah Pengangguran Di Malaysia Meningkat Kepada 2.05 Juta Sepanjang Wabak COVID-19

Pertengahan Februari lalu, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan sekitar 100,000 rakyat Malaysia berisiko untuk hilang pekerjaan mereka. Namun pendedahan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai jumlah pengangguran sepanjang COVID-19 ini amat mengejutkan.

BACA: 100,000 Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Pekerjaan Sekiranya COVID-19 Berterusan

Daripada gambar rajah carta di bawah, dapat dilihat sepanjang COVID-19 melanda Malaysia, peningkatan mendadak pada jumlah pengangguran berlaku sehinggakan membawa kepada jumlah sebanyak 2.05 juta.

Jumlah Pengangguran Di Malaysia Meningkat Sebanyak 2.05 Juta Sepanjang COVID-19
Sumber: Twitter @EkonomiRakyatMY

Ini berkutan terlalu banyak syarikat yang terjejas sehinggakan ada diantaranya yang mengalami pengurangan pendapatan sehingga 50% berbanding kadar keuntungan biasa.

Jumlah pekerja yang diberhentikan akibat daripada impak ekonomi semasa wabak pandemik ini juga boleh dikatakan menjadi dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Datuk Abdul Halim Mansor memberitahu MEF pernah meramalkan sekitar 30,000 hingga 40,000 akan kehilangan pekerjaan dan ianya benar-benar berlaku.

Sekiranya ramalan MEF benar, maka yang paling terjejas teruk adalah pekerja Malaysia kerana majoriti majikan akan mengekalkan pekerja asing berikutan harga yang lebih ‘murah’.

Sejak menular dengan meluas pada akhir tahun lalu, wabak pandemik ini masih lagi tiada ditemui penawarnya.

Jumlah pengganguran graduan

Awal Februari lalu, data daripada Kementerian Pengajian Tinggi yang didedahkan Parlimen pada 2016 mendapati daripada keseluruhan 51,000 graduan ijazah yang dihasilkan daripada 21 universiti sektor awam dan 38 universiti swasta, hampir 60% daripadanya menganggur setahun selepas tamat pengajian membawa kepada jumlah 30,600 orang graduan.

Graduan UKM Tunduk Hormat Ibu Bapa Pensyarah
Sumber: UKM

Manakala lebih 5,000 orang pelajar pascasiswazah yang menduduki program doktoral setiap tahun yang membawa kepada jumlah pemegang sijil doktor falsafah (PhD) setiap tahun adalah seramai 60,000 menjelang 2023.

Jumlah pengagguran dalam graduan perubatan 

Isu lambakan graduan perubatan bukanlah suatu isu yang baru di Malaysia. Awal tahun ini satu pertubuhan doktor iaitu Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) telah menyuarakan kebimbangan mereka berhubung dengan lambakan graduan perubatan yang belum menjalani latihan amali selain daripada kurang berkualiti.

Presiden Perdim, Datuk Dr Ahmad Syukri Ismail memberitahu negara mempunyai lambakan graduan perubatan namun bidang perubatan masih kekurangan doktor. Tidak menjalani latihan amali atau housemanship di hospital telah merendahkan kualiti mereka manakala jika lakukan latihan amali di luar negara, ianya tidak diiktiraf kerajaan.

NOTA:

 

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.