
Jumlah Graduan PhD Dipertikai, Majlis Konvokesyen UPM Cetus Kontroversi
Majlis Konvokesyen ke-44 Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung pada 8 hingga 13 Januari yang lalu mencetuskan kontroversi apabila terdengar ‘suara-suara’ yang mempertikaikan tentang jumlah graduan yang menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Secara keseluruhannya, pada majlis konvokesyen UPM tersebut, terdapat seramai 398 graduan yang dianugerahkan PhD.
Timbul persoalan dan ‘cakap-cakap’ di portal berita dan ruangan siber mengenai jumlah graduan yang agak tinggi ini.
Tidak kurang juga yang mempersoalkan integriti universiti dan kualiti graduan yang dilahirkan di Malaysia pada ketika ini.
Menghangatkan lagi keadaan, Syahr Musafir melalui akaun Facebooknya pula telah menyenaraikan 7 hujahnya seperti berikut:

“Hairan bagaimana UPM anugerahkan hampir 400 graduan PhD” dalam majlis konvokesyen baru-baru ini?
Pada awalnya saya tak nak kisah apa pun. Tetapi, selepas saya tengok ramai orang join sekaki mengutuk UPM dan Universiti Malaysia, jadi saya triggered untuk berkongsi di sini.
Pertama,
Kena lihat siapa yang bercakap pasal hairan tu. Bukan ahli akademik, professor atau pensyarah.
Tetapi seorang orang politik.
Kedua,
Sudah terpampang jelas Malaysia menyasarkan menghasilkan 60 ribu graduan/pemegang PhD menjelang tahun 2025. Sekarang tahun 2022.
Para pensyarah ni kerja kuat nak usaha capai sasaran, apabila berjaya hasilkan ramai graduan PhD ehhhh tiba-tiba orang politik komplen pulak?
Ehhhh tiba-tiba muncul ahli masyarakat yang join sekaki kutuk-kutuk pulak?
Ketiga,
Fakta mana kata universiti terkemuka keluarkan kurang 10 atau 20 graduan PhD dalam setahun?
Tengok website Harvard, 27 Mei 2021, 1 school (atau 1 fakulti) iaitu Graduate School of Arts and Sciences menganugerahkan 572 orang PhD. Ini 1 school (atau 1 fakulti) sahaja. Bukan 2, bukan 3, bukan 4, bukan seluruh universiti.
Keempat,
Membandingkan UPM dengan Oxford, Cambridge dan Harvard. Apa keperluan perbandingan ini? Nak menampakkan UPM dan Universiti Malaysia ni kelas bawahan? Nak nampak Malaysia ni teruk sangat?
Kelima,
Hairan kenapa ramai graduan PhD dalam 1 majlis konvokesyen yang mana tahun 2020 dan 2021 tak ada majlis konvo? Tak rasa terdapat graduan 2019, 2020 dan 2021 yang konvo sama-sama?
Orang yang mempersoalkan sangat tu, ada PhD ke? Pernah hadir majlis penganugerahan menerima PhD?
Keenam,
Hairan kenapa graduan PhD ramai?
Sebenarnya lebih hairan kenapa di Malaysia ini sangat ramai orang politik, sangat ramai Ahli Parlimen, 3 kali bertukar kerajaan dalam masa 3 tahun ni tol masih ada, baru semalam 1 Malaysia ‘bergaduh’ pasal nak bayar tol guna RFID tapi tak cukup bagus, ehhhhh sepatutnya sejak 2018 tol sudah pupus.
Ketujuh,
Nak persoalkan, nak tanya, nak kritik, sebagai ahli parlimen buatlah ikut saluran yang betul. Tanya Canselor ke, Menteri ke, ini buat kenyataan secara publik mencetuskan keresahan sehingga ramai mula mempertikaikan kredibiliti UPM, mengutuk para pensyarah dan ahli akademik serta sudah ada yang mula melekehkan graduan PhD daripada UPM sebelum-sebelum ini. Seronok cetuskan spekulasi dan kontroversi?
Kelapan,
Dah la… Malas dah.
Kalau nak tahu tentang universiti, dengarlah kata orang universiti.
Saya bukan staf UPM.
Saya bukan bekas pelajar UPM.
Tetapi saya sayang UPM.
Saya sayang Malaysia.
#KisahMasyarakat FB Syahr Musafir Selasa 18/01/2022
Sumber: Syahr Musafir