harta disita tidak bayar nafkah

Jumaat Dipilih Sebagai Hari Penggunaan Tulisan Jawi – Mujahid

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Yang selalu kita dengar, makanan dalam pek segera ini selalu dimakan apabila dipanaskan. Memerlukan kira-kira 3 minit untuk dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro kebiasaannya daripada hidangan mi, pasta dan nasi sahaja.

Namun anda pernah dengar makanan segera daripada hidangan sejuk atau berasaskan ais seperti Air Batu Campur dan Cendol? Tak pernah bukan?

Kali ini MARDI maju lagi selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan cendol segera semasa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2018 di MAEPS, Serdang.

Cendol Segera

Cendol yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah konvensional ini adalah cendol kering hasil teknologi penggelatinan cepat yang dibungkus bersama pek sirap gula apong (nipah) dan serbuk santan sama seperti hidangan cendol yang boleh didapati di kedai! Kekangan yang berlaku sebelum kaedah ini diperkenalkan dengan mudah dapat diatasi.

Antaranya ialah:

1. Meningkatkan produktiviti

Sebelum kaedah konvensional ini diperkenalkan, cendol perlu ditekan adunannya di atas pengayak untuk membentuk adunan sebelum dipotong ke dalam air ais dan proses ini memerlukan masa yang lama selain daripada kekuatan tangan untuk menekan doh tersebut.

Selain daripada boleh dihasilkan dalam masa yang singkat dan kuantiti yang banyak, kaedah konvensional ini turut mengurangkan kos pembuatan kerana menggunakan alatan dan mesin yang minimum.

2. Memanjangkan jangka hayat cendol

Disebabkan kadar kelembapan cendol melebihi 90%, cendol perlu disimpan di tempat sejuk dan direndam dalam air bagi mengelakkan melekat sesama sendiri selain daripada menjaga kestabilan penyimpanan hidangan ini. Dengan inovasi cendol segera dalam bentuk kering (kadar kelembapan kurang daripada 10%), pengguna boleh menyimpan pada suhu bilik sahaja tanpa risau mengenai kondisinya.

Pembaharuan ini bersesuaian untuk bukan sahaja untuk meningkatkan kadar ekonomi, tetapi juga sebagai peluang untuk memasarkan cendol ke peringkat global dan memvariasikan penggunaannya. Jika ditanya apa keistimewaan cendol segera ini, jawapannya pastilah senang sahaja untuk dimakan.

Hanya perlu menggunakan rebusan air untuk melembapkan cendol, anda boleh menikmati hidangan pencuci mulut ini bila-bila sahaja yang anda mahukan. Cendol kering ini juga boleh digoreng untuk dijadikan sebagai snek yang sesuai untuk dinikmati semua golongan kerana tiada percampuran bahan gluten dan pengawet kimia tambahan!

Mudah bukan? Selepas ini tidak perlulah anda keluar mencari gerai menjual cendol semata-mata kerana teringin. Beli dan simpan sahaja stok cendol kering ini untuk anda makan pada bila-bila masa sahaja yang mahu!

Sumber: Blog Rasmi MARDI