
Jumaat 13hb Dianggap Hari Malang Bagi Masyarakat Barat
Jika anda seorang traveller jenis backpacker, kunci untuk perjalanan yang selesa adalah membawa barangan seminimum mungkin supaya pergerakan menjadi lebih mudah.
Tapi adakalanya, perbezaan suhu dan cuaca destinasi yang ingin kita lawati terutamanya ketika musim sejuk memerlukan kita untuk lebih bersedia sama ada dari pakaian, fizikal dan mental.
Untuk itu, kami senaraikan beberapa tip beli pakaian travel untuk anda yang masih di level beginner.
1. Bawa sabun
Jika anda tidak mahu membazir duit untuk membeli pakaian baru atau membawa pakaian yang banyak, bawalah sabun untuk aktiviti basuhan anda. Antara jenis ketulan atau serbuk, lebih bagus sekiranya anda bawa sabun ketul atau sabun buku untuk mengelakkan berlakunya tumpahan di dalam beg.
2. Bawa dua atau tiga helai pakaian
Dengan bawa dua atau tiga helai pakaian sebagai back-up. Jika pakaian anda kotor atau masih lagi basah selepas dibasuh, sekurangnya anda masih ada pakaian ganti dan tidak perlu membeli yang lain. Jangan terlalu fokus pada gaya (melainkan anda memang melancong dengan tujuan OOTD) sebaliknya tumpukan pada keselesaan diri anda.
3. Elakkan dari membeli semua jenis pakaian
Jangan kerana terlalu excited untuk travel, anda beli semua jenis pakaian daripada kasut sehinggalah kepada pakaian dalam. Gunakan apa yang ada, jika perlu barulah beli. Jika tidak anda boleh sahaja beli apabila tiba di destinasi percutian anda, cuma anda perlu alert dengan saiz anda di sana.
4. Jenis kain pakaian
Untuk pakaian dalam, jenis kain yang sesuai ialah kapas kerana jenis yang menyerap peluh. Jika pakaian di luar pula, lebih baik untuk jenis sintetik supaya apabila anda mengambil gambar OOTD tidaklah nampak selekeh kerana kain sintetik tidak mudah renyuk dan fleksibel.
5. Cuba pakaian sebelum membeli
Mungkin terlihat sedikit tidak hygiene, tetapi langkah ini membolehkan anda untuk kenal pasti sama ada pakaian yang anda beli selesa dan sesuai dengan saiz anda. Tetapi tip ini hanya untuk pakaian di luar sahaja. Jika pakaian dalam, agak-agak sahajalah! Nak buat macam mana. Takkan lah nak cuba pula kan?
Jadi untuk yang baru nak belajar travel tu, jangan nervous. Anda bolehlah ikut tip di atas untuk persediaan pakaian sepanjang tempoh percutian untuk perjalanan yang lebih selesa.
Selamat bercuti!
Yang tidak sihat itulah yang sedap.
7 Makanan Tidak Sihat Namun Jadi Kegemaran Rakyat Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/608487846241858/
Trending now



