Jualan Buku JK Rowling Merudum Teruk Selepas Kritik Kelompok ‘Wanita Transgender’ 1

Jualan Buku JK Rowling Merudum Selepas Kritik Kelompok ‘Wanita Transgender’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hanya kerana ‘menyentuh’ isu berkenaan golongan transgender, jualan buku JK Rowling merudum teruk pada Jun.

BACA: NGO Bantah Lesen Tangkapan Golongan Transgender Kepada JAWI

JK Rowling pada awal Jun lalu menegaskan bahawa wanita hanya boleh dikenal pasti dengan jantina biologi mereka dan tetap berpegang teguh pada pendirian serta pendapatnya yang bertujuan untuk melindungi kelompok wanita dengan women-only space.

Disebabkan kenyataan kontroversi tersebut, peminat Harry Potter yang menyokong kumpulan transgender mula melancarkan gerakan memboikot beliau sehingga menyebabkan graf jualan buku JK Rowling mencatatkan penurunan mendadak meskipun buku bercetak genre fiksyen di Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan sehingga 31.4%.

Jualan Buku JK Rowling Merudum Teruk Selepas Kritik Kelompok ‘Wanita Transgender’
Sumber: E! Online

Data daripada NPD Book Scan mendedahkan, jualan buku Rowling pada Jun hanya mencatatkan peningkatan sebanyak 10.9%, peningkatan yang sangat rendah jika dibandingkan dengan bulan Mei termasuklah judul Harry Potter lain yang tidak dikarang Rowling dengan peningkatan cuma serendah 7.7%.

Buah tangan terbaharu Rowling bertajuk Harry Potter At Home melalui WizardingWorld.com juga tidak berjaya mencapai sasaran awal jualan.

Sebagai respon kepada kenyataan Rowling, dua laman peminat Harry Potter iaitu Leaky Cauldron dan Mugglenet menjelaskan mereka tidak akan lagi melindungi segala pendapat peribadi penulis itu. Malah beberapa pelakon siri popular itu turut menyatakan bantahan kepada kenyataaan Rowling, antaranya Emma Watson dan Daniel Radcliffe.

April lalu, kerusi yang digunakan Rowling semasa menyiapkan dua jilid awal siri Harry Potter, Harry Potter and the Philosopher’s Stone dan Harry Potter and the Chamber of Secrets dilaporkan berjaya dilelong dengan harga RM1.53 juta.

Sumber: Variety