
Jual Tiket Hapus Dosa, ‘Syeikh’ Indonesia Ini Dakwa Mampu Bawa Pengikutnya Terus Ke Syurga
Seorang pemimpin tarekat di Sulawesi, Indonesia ditangkap selepas didapati menyebarkan ajaran sesat kepada masyarakat. Bukan itu sahaja, Puang Lalang atau lebih dikenali sebagai Syeikh Yusuf yang sudah berusia 74 tahun turut mengakui dirinya sebagai nabi.
Malah beliau juga menjual tiket mudah ke syurga dengan harga semurah RM3 (Rp10,000) dan RM15 (Rp50,000) kepada pengikutnya dengan penekanan bahawa tiket ini boleh mengampunkan kesemua dosa pembelinya.
Tiket yang dipanggil sebagai kad syurga atau kad Wifiq perlu dibeli sebelum menyertai kumpulan ajaran sesat beliau dikatakan mampu menjanjikan keselamatan di dunia dan akhirat setakat ini sudah berjaya terjual sekitar 317 keping.
Pengikut juga diminta membayar zakat kepadanya selain daripada mewajibkan pengikutnya melakukan bai’ah dan mendoktrin mereka supaya setia dengan ajarannya. Berdepan dengan beberapa tuduhan jenayah termasuk menghina agama, menipu, mengubah hukum nikah, talak, rujuk dan pengubahan wang haram.
Sebanyak 138 bahan bukti telah dirampas dan disita oleh pihak polis dengan bantuan Majlis Ulama Indonesia antaranya ialah ratusan kad syurga, kad pelaris, wang tunai, keris, buku serta risalah ilmu kebal dan kekayaan.
Ajaran sesat Puang ini dikatakan sudah tersebar hampir ke seluruh Indonesia termasuklah di Sulawesi Selatan (Gowa, Takalar, Pangkep) hingga ke luar negara iaitu Malaysia.
Sumber: Harian Metro
Bukan calang-calang lokasi penggambaran Gemini Man ini.
Gemini Man | Location Featurette
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.