Jual Barangan Ciplak Melalui Internet Bakal Dikena Tindakan – KPDNHEP

Jual Barang Ciplak Internet Kena Tindakan
Sumber: Diana Rashid

Pelbagai cara untuk kita menjana pendapatan sama ada secara sampingan atau tetap. Antaranya melalui penjualan barangan dalam talian, hanya memerlukan kerja dari dari mana-mana tempat tanpa perlu menyewa kedai.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mempunyai undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas pedagang Internet yang menjual barangan tidak tulen yang menyalah guna jenama terkenal.

Jual Barang Ciplak Internet Kena Tindakan

Ia susulan kemunculan pelbagai barangan ciplak dalam Internet kerana peniaga mahu mendapat keuntungan sempena sambutan Tahun Baru Cina. Menurut timbalan menterinya, Chong Chieng Jen berkata mereka yang menjual produk yang mencetak rompak jenama tulen, tidak kira mereka yang menjual melalui kedai atau Internet adalah melanggar undang-undang.

Disebabkan wujud terlalu banyak produk di Internet dan keaslian barang perlu disahkan satu demi satu dengan pihak pengedar sah, maka maklumat orang ramai diperlukan dan laporkan kepada kementerian suapaya tindakan boleh diambil.

Sumber: MalaysiaGazette