BKKM

Juadah Berbuka Puasa ‘Hauk’ Di Bazar Ramadan Dipandang Serius Oleh KKM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius kejadian pencemaran dan keracunan juadah berbuka puasa di bazar Ramadan akhir-akhir ini.

Seolah-olah sudah menjadi kebiasaan, segelintir penjaja bazar Ramadan dilihat seperti tidak langsung mempunyai kesedaran untuk mengutamakan kualiti kebersihan makanan yang dijual.

Walaupun jumlahnya sangat kecil dan hanya melibatkan kes-kes terpencil, sikap penjaja yang hanya tahu mengaut untung ini mencemar imej penjaja lain yang ikhlas mencari rezeki.

Mereka ini seolah-olah tidak peduli sama ada pelanggan akan kembali lagi untuk mengulangi pembelian pada hari-hari berikutnya.

Penjaja seperti ini juga dilihat seperti tidak tahu berterima kasih kepada pelanggan yang memberi sokongan dan sanggup mengeluarkan wang untuk membeli juadah yang mereka jual.

Dengan itu, berlakulah penganiayaan secara terang-terangan apabila pelanggan dizalimi melibatkan kerugian wang ringgit dan terjadinya kes keracunan makanan serius sehingga ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital.

BACA: Kes Keracunan Puding Buih Berlaku Lagi, Doktor Dedahkan 4 Faktor Bagaimana Ia Boleh Terjadi

Lebih menyedihkan, ada di antara mangsa adalah kanak-kanak yang turut sama belajar untuk berpuasa tetapi terpaksa menanggung azab sakit perut melampau, muntah-muntah dan cirit-birit.

Melalui Facebooknya, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sering membuat hantaran-hantaran bagi menyedarkan orang ramai mengenai betapa seriusnya isu ini.

Dalam hantaran yang dibuat berikut, BKKM telah menyenaraikan menu juadah berbuka puasa ‘hauk’ yang telah dilaporkan oleh media selama 10 hari umat Islam berpuasa tahun ini.

Semoga orang ramai lebih peka dan berhati-hati untuk keselamatan bersama.

BKKM

Hampir setiap hari, ada sahaja kisah duka yang dikongsikan netizen mengenai juadah berbuka yang dibeli di Bazar Ramadan.

🤮 Nasi Kerabu Berulat

🤮 Ayam Goreng ‘Recycle’

🤮 Ayam Bakar Mentah

🤮 Tepung Pelita Berlendir

Juadah berbuka ‘HAUK’ ini jika dimakan pasti akan menyebabkan KERACUNAN MAKANAN!

Bagi mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa juadah berbuka ‘HAUK’ ini maka sentiasa amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum makan.

👀 LIHAT

Pastikan keadaan fizikal makanan tiada bendasing seperti ulat/rambut dan tidak berlendir, berbuih atau berkulat

👃 HIDU

Pastikan makanan tidak berbau masam, basi atau busuk

👅 RASA

Rasa sedikit dahulu makanan dan pastikan tiada rasa masam atau basi

KESELAMATAN MAKANAN TANGUNGJAWAB BERSAMA

Kredit Berita: Kosmo Online MalaysiaGazette Sinar Harian
Kredit: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKN Pulau Pinang

#BazarRamadan
#juadahberbuka #hauk
#keracunanmakanan
#LihatHiduRasa
#KeselamatanMakanan

Sumber: Facebook BKKM, KKM