j&t

J&T Kucar Kacir, Banyak Barang Pelanggan Tersadai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular beberapa hari ini kes syarikat penghantaran barangan J&T mengalami masalah dalam servis mereka. Ramai melaporkan barangan yang mereka pesan lewat sampai.

Menurut hantaran Facebook yang bernama Nur Sirah, beliau ingin mendapatkan barang pesanan miliknya yang telah kelewatan untuk diterima selama 6 hari. Ini berlaku di gudang milik syarikat itu di Sri Kembangan.

https://www.facebook.com/Makaner/posts/227560235704894

Banyak barangan penghantaran telah tersadai. Staff juga ramai tak ada. Staff yang tinggal juga melaporkan menerima mengalami gangguan sistem.

j&t

Sementara itu, selepas diselidik kenapa hal ini terjadi, dilaporkan bahawa pihak pengurusan syarikat itu telah membuat perubahan kepada sistem pengurusan pekerja mereka.

Ini adalah seperti maklumat hantaran Facebook yang bernama Muhammad Zaki yang menyatakan bahawa pihak J&T telah memotong gaji dan komisen pekerjanya.

https://www.facebook.com/anakanda03/posts/4931477453589393

Kasihan kepada pihak yang terlibat, sama ada pihak J&T, pekerja J&T, penjual serta pembeli juga turut menerima tempiasnya. Adakah terdapat penyelesaian kepada masalah ini? Sama-sama kita nantikan.

BACA: Budak Terkejut Pesan Hanya Satu Menu, Tapi 42 Rider FoodPanda Yang Sampai Depan Rumah