
JstarS Group Buka Pasaran Di Malaysia Secara Rasmi
JstarS Management Sdn. Bhd. (JStarS Group) membuka pasaran di Malaysia secara rasmi dengan membawa masuk 6 syarikat termasuk JSTARLUX, KOLS, STARDUST, PSYCHEDELIC MEDIA & ENTERTAINMENT (PME), NEXUS HUB dan ALLIANCE GLOBAL PARTNER DEVELOPMENT PARTNER.
JstarS Group yang mengintegrasikan teknologi, hiburan, pengurusan dan hartanah dengan menjunjung tinggi konsep eksploitasi dan inovasi baru, memperluaskan perniagaannya secara aktif sambil mengukuhkan kelebihan perniagaan teras.
Ia memberi tumpuan kepada teknologi tinggi, hiburan, pemimpin utama, hartanah, makanan, pengurus dalam bidang profesional supaya meliputi keseluruhan rangkaian perniagaan di Malaysia.
Mengulas mengenai anak syarikat JstarS Group iaitu KOLS yang diasaskan oleh Kiro Tan. KOLS merupakan sebuah platform khusus untuk perniagaan pemasaran. Mereka menyediakan perkhidmatan pengiklanan secara dalam dan luar talian dengan tujuan semua perniagaan dapat mencapai jualan yang lebih tinggi dan meningkatkan pulangan pelaburan dalam tempoh yang singkat.
Platform KOLS akan menjadi portal berita yang mengumpulkan semua berita berkaitan KOL dan selebriti. Semua berita KOL dan selebriti kegemaran anda akan disiarkan di platform KOL.
KOLS akan menubuhkan pusat latihan KOL di Malaysia, pusat pedagang dan platform rundingan KOL. Satu projek berskala besar KOLS akan mengadakan uji bakat terbuka pertama untuk “Pelatih PRODUCE KOL” di Malaysia.
Program ini akan memilih 10 KOL yang paling cemerlang sebagai pelatih sepenuh masa untuk tahun 2019. Peserta yang berjaya akan diberikan latihan profesional untuk melahirkan bintang KOLS. Mereka juga berpeluang untuk membuat persembahan di konsert artis dan penyanyi dari luar negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai KOLS, boleh layar di laman web KOLS atau laman web JstarS Group.