JPN MyKad Bangladesh

JPN Nafi Beri MyKad Pada Warga Bangladesh Sempena PRU15

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dakwaan yang sedang tular di media sosial kononnya ramai warga Bangladesh kini diberikan kad pengenalan MyKad menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

JPN menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan MyKad hanya dikeluarkan kepada individu warganegara Malaysia yang layak berdasarkan peruntukan perundangan sahaja.

Pihak JPN yang memandang serius dakwaan ini turut membuat satu laporan polis minggu lalu memandangkan ianya bukan sahaja menjatuhkan imej dan menjejaskan kredibiliti jabatan tersebut, malah boleh mencetuskan kebimbangan awam.

“Laporan tersebut dibuat supaya pihak polis boleh menjalankan siasatan, terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan dakwaan palsu berkenaan,” jelas JPN dalam satu kenyataan.

“JPN juga ingin menjelaskan bahawa paparan MyKad yang ditularkan dan didakwa milik warga Bangladesh itu adalah tidak benar. Sebaliknya beliau adalah seorang warganegara Malaysia yang sah.

“Beliau telah diambil sebagai anak angkat secara sah dari sudut undang-undang dan dibesarkan oleh satu keluarga Cina sejak dari lahir lagi. Malah isu ini telah dilaporkan oleh pihak media yang menjelaskan bahawa individu tersebut adalah warganegara Malaysia,” jelas kenyataan itu lagi.

Orang ramai turut diingatkan supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi mengenainya kerana tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana individu, yang didapati menyebarkan maklumat palsu.

JPN MyKad Bangladesh

BACA: Hanya Bayar RM300, Warga Indonesia Boleh Miliki MyKad Dan Pekerjaan

Sumber: Majoriti