
JPJ Selangor Bakal Lelong Kereta Mewah Klon Pada Hujung Bulan Ini
Acara lelongan kereta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada kali ini bakal menjadi tumpuan di JPJ Selangor.
JPJ Selangor akan melelong sebanyak 246 kereta mewah klon seperti Mercedez Benz, BMW, Jaguar, Audi, Mini Cooper dan Volkswagen pada hujung bulan ini iaitu 30 dan 31 Oktober di Dewan Teratai Seksyen 19 dengan hari pertama 130 kereta klon dilelong dan 116 kereta hari kedua.
Bagi mereka yang berminat untuk membeli kereta lelong mewah ini perlu membeli buku memaparkan maklumat kenderaan lelongan pada harga RM100 bermula hari ini sehingga 25 Oktober ini di JPJ Selangor.

Pembayaran perlu dibuat melalui kiriman wang atau draf bank pada hari yang sama kerana tiada transaksi secara tunai dibenarkan bagi menjamin isu berkaitan integriti. Pembeli perlu membida untuk mendapat kenderaan yang dilelong dan sekiranya berjaya, wajib membayar 25 peratus daripada harga bidaan.
Kebanyakan kenderaan klon itu datang dari negara jiran seperti Thailand dan Singapura.
Sumber: Berita Harian