JPJ Mula Masuk Campur Selepas Banyak Isu Melibatkan Geng Basikal

Sumber: Negeri Sembilan Kini/Indo Kemalangan & Bencana Malaysia

Belakangan ini sukan berbasikal semakin banyak diceburi oleh rakyat Malaysia. Selain daripada mampu menyihatkan jasmani, ianya juga merupakan satu riadah yang memberi kebaikan dalam aspek rohani.

Seakan menjadi satu trend, golongan berbasikal ini bagaimanapun semakin tidak disenangi kehadirannya hanya kerana ada tindakan beberapa individu yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh mendatangkan ketidakselesaan pada orang lain.

Memandang serius isu ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) memberitahu mereka bersedia bekerjasama dengan beberapa agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menanganinya secara holistik memandangkan ianya di luar bidang penguatkasaan undang-undang JPJ.

JPJ Mula Masuk Campur Selepas Banyak Kejadian Melibatkan Geng Basikal
Sumber: Negeri Sembilan Kini

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, pihak mereka tidak boleh menyaman penunggang basikal kerana basikal tidak tergolong dalam kenderaan yang sepatutnya berada di jalan raya yang boleh dicukai dan bukan kenderaan yang boleh dikuatkuasakan JPJ.

Namun pihak mereka menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak penguat kuasa yang lain bagi menyelaraskan keadaan.

Basikal berada di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mewujudkan lorong bersesuaian.

BACA: Pindaan Akta Pengangkutan Turut Sasar Geng Basikal Lajak Dan Mat Rempit

Namun kerana belakangan ini isu basikal termasuklah basikal lajak semakin banyak, JPJ akan memberikan pendidikan dan advokasi kepada pengguna jalan raya yang berbasikal dalam memastikan lebuh raya atau jalan raya digunakan secara berhemah.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Page Negeri Sembilan Kini, sepasang suami isteri hampir terlibat dalam kemalangan disebabkan sekumpulan penunggang basikal yang berbasikal di flyover Rasah Kemayan menuju ke Gateway Seremban.

Allahuakbar mujur en somi sempat brek dan kereta belakang hampir hampir nk terlangar.Pada yang bawa basikal ni kalau…

Posted by Negeri Sembilan kini on Saturday, 12 September 2020

Mengundang reaksi netizen yang rata-ratanya marah dengan sikap tidak bertanggungjawab penunggang basikal ini, majoritinya meminta agak ada tindakan dikenakan buat mereka atas faktor keselamatan semua pihak.