
Jose Mourinho Diumum Pengurus Baharu Tottenham
Jose Mourinho kini sah dilantik sebagai pengurus baharu Tottenham Hotspur bagi menggantikan Mauricio Pochettino yang dipecat awal pagi tadi.
Bekas pengurus Manchester United dan Chelsea itu menandatangani kontrak sehingga penghujung musim 2022/23.
Pochettino, 47, dipecat sebagai pengurus Spurs selepas lima tahun membimbing kelab dari Utara London itu.
“Bersama Jose, kami memiliki salah satu pengurus paling berjaya dalam bola sepak,” kata Pengerusi Spurs, Daniel Levy.
Tottenham mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu di bawah bimbingan Pochettino tetapi kalah kepada Liverpool di Madrid. Pengurus Argentina itu dilantik pada Mei 2014, gagal memenangi piala kejuaraan pada penampilan final bersama kelab utara London itu dengan Spurs kali terakhir beraksi pada final Piala Liga pada 2008.

Tambah Levy, Mourinho yang memiliki banyak pengalaman pasti akan memberi inspirasi kepada pasukan dan paar taktikal.
“Dia memenangi gelaran di mana saja kelab dibimbingnya. Kami yakin Jose akan membawa tenaga dan keyakinan ke bilik persalinan.”
“Saya teruja untuk menyertai kelab dengan sejarah yang hebat dan penyokong yang padu,” kata Mourinho.
“Kualiti berada dalam skuad dan akademi itu menggembirakan saya. Bekerjasama dengan mereka adalah sesuatu yang menarik saya.”
Perlawanan pertama yang bakal mendepaninya adalah di Stadium London pada Sabtu ini apabila Tottenham bakal menentang West Ham bagi Liga Perdana Inggeris.
Sumber: FMT
Ada yang pernah main permainan video ini?
SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.