tempoh berpuasa seluruh dunia

Jom Ketahui Tempoh Masa Berpuasa Sehari Di Seluruh Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hari ini pada tanggal 6 Mei 2019, bermulalah umat Islam seluruh dunia menjalankan ibadah puasa dan menjalankan ibadah lain dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Umat Islam yang menjalani ibadah puasa perlu mematuhi syarak puasa berdasarkan maksud ‘menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari, berserta niat’.

Tahukah anda, setiap negara di seluruh dunia mempunyai tempoh masa berbeza untuk menjalani Rukun Islam yang ketiga ini? Jadi, bukanlah semua negara sama tempoh masa berpuasa seperti di Malaysia.

tempoh berpuasa seluruh dunia
Sumber: Pinterest

Di negara kita, tempoh masa berpuasa adalah selama antara 13 hingga 14 jam. Manakala negara-negara yang berada dalam tempoh masa berpuasa yang hampir sama dengan kita seperti Singapura, Indonesia dan Nigeria.

Ada beberapa negara yang jangka waktu berpuasanya lebih 20 jam kerana tempoh siang yang sangat lama. Antara negara yang mengalami tempoh berpuasa lama seperti di Nuuk, Greenland yang mana jangka masa berpuasa di sana adalah hingga 21 jam sehari dan Norway serta Sweden iaitu selama 20 jam.

Ini disebabkan perbezaan geografi dan jarak kedudukan dengan garis waktu membuatkan tempoh berpuasa itu berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain.

Manakala watu paling pendek tempohnya adalah bagi umat Islam di Argentina dan New Zealand yang hanya berpuasa selama kira-kira 11 jam.

Bagi umat Islam di negara-negara seperti Mexico, Sudan dan Yemen, mereka perlu berpuasa antara 14 hingga 15 jam. Syria, Afghanistan, Maghribi, Mesir, Palestin, Tunisia dan Pakistan pula tempoh masa berpuasa selama 16 hingga 17 jam.

tempoh berpuasa seluruh dunia
Sumber: Astro Awani

Jadi, bersyukurlah anda yang berpuasa di Malaysia. Sekurang-kurangnya tempoh berpuasa kita tidaklah selama beberapa buah negara di Utara Eropah. Jika mahu melancong ketika bulan puasa ini, bolehlah pergi ke negara yang tempoh masa berpuasanya singkat.

Selamat menjalani ibadah puasa!

Sumber: Astro Awani

 

Game Sekiro ini memang mencabar kot.

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.