
Jom Belajar Cara Mudah Buat Artikel Menggunakan Teknologi AI Baharu – ‘ChatGPT’
Chatbot prototaip yang dibangunkan oleh firma OpenAI dari Amerika Syarikat iaitu ‘ChatGPT’ kini semakin digemari ramai.
Boleh digunakan secara percuma menggunakan pelayar internet, ChatGPT dikatakan sangat berguna dalam membantu untuk membuat kerja-kerja penulisan.
Mudah saja! Pengguna hanya perlu taipkan tajuk atau bidang yang diingini dan ChatGPT akan menjana teks karangan atau artikel berdasarkan input yang diberikan tersebut.
Bagi mereka yang ingin mencubanya sendiri, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
- Layari https://openai.com/ dan ketik ‘ChatGPT’.
- Klik ‘TRY CHATGPT’ dan pilih ‘Log in’ atau ‘Sign up’ untuk mendaftar menggunakan akaun Google atau Microsoft.
- Ikut arahan dan masukkan kod 6-digit yang dihantar ke telefon bimbit anda.
- Log masuk ke ‘ChatGPT’.
- Tekan ‘New chat’ atau masukkan saja arahan anda.
Selamat mencuba!
Tuan Norizan Bin Sharif, seorang tokoh berpengalaman dalam dunia keusahawanan turut berkongsi pengalamannya menggunakan ChatGPT melalui hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut:
Selamat Datang ke Dunia ChatGPT!
- Dalam bahasa mudah, ChatGPT ialah chat bot yang dilatih menggunakan artificial intelligence untuk “bercakap” seperti manusia. ChatGPT dilancarkan November 2022.
- Usahawan boleh meminta ChatGPT menulis product description, menyediakan artikel blog atau mencari sesuatu maklumat produk untuk kita.
- Saya mencuba semalam. Jawapan yang saya dapat memang menarik. Walaupun ia masih pada peringkat penyelidikan, namun ia berikan tulisan yang kita mahu — seolah-olah ia ditulis oleh manusia.
- Disebabkan kemampuan ini, sekolah-sekolah di New York City mula menyekat ChatGPT. Mereka tak mahu pelajar menggunakan ChatGPT untuk membuat karangan atau menulis artikel.
- Cara menggunakan ChatGPT cukup mudah. Saya hanya tulis “Write a blog article on health benefits of palm oil.” Dalam masa beberapa saat saja, ChatGPT berikan artikel blog kepada saya.
- Ini adalah satu apps yang bakal merubah masa depan kita. Selain itu, ada lagi chat yang menggunakan AI seperti Jasper AI (writes anything), Dall-E-2 (create arts from text), Jenni AI (write essays) dan banyak lagi.
- Dengan apps ini, kita boleh buat kerja-kerja bisnes dengan mudah dan pantas!
——
NOTA: OpenAI masih belum mengeluarkan aplikasi rasmi ChatGPT. Elakkan dari memuat turun aplikasi yang mencurigakan dan hanya gunakan ChatGPT melalui saluran dan pautan yang sah.
BACA: Robot Semakin Bijak Atasi Manusia, Google Terpaksa Bangunkan Teknologi Lebih Maju
Sumber: Norizan Bin Sharif
Trending now



