
Johor Pilih Harimau Selatan Sebagai Maskot Rasmi Sukma XX 2020
Hasil daripada pertandingan yang dianjurkan pada tahun lalu, Johor memilih harimau sebagai maskot rasmi Sukan Malaysia (Sukma XX) edisi ke-20 yang akan berlangsung pada 11 hingga 19 Julai 2020 di Johor.
Harimau yang diberi nama Jimi menjadi simbol kepada Harimau Selatan diibaratkan sebagai seekor harimau yang berani dan garang turut menampilkan elemen kesultanan zaman berzaman yang menjadi identiti negeri Johor.
Logo Sukma 2020 pula banyak menampilkan kebudayaan Johor, antaranya huruf ‘Jim’ sebagai simbolik kebanggaan rakyat Johor yang memartabatkan tulisan Jawi serta khazanah alam negeri seperti gambir dan lada hitam yang mempunyai elemen Johor.
Manakala slogan ‘Semarak Juara’ yang terdapat dalam logo merupakan laungan kepada semangat kesukanan serta kegemilangan sukan negara.
Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal yang melancarkan maskot dan logo rasmi Sukma XX Johor 2020 memberitahu bahawa harimau dipilih sebagai maskot kerana sifatnya; agresif, garang dan akan mengaum dengan ‘Semangat Juara’ bersukan.
Dengan azam mahu menjadikan Sukma kali ini antara yang terbaik sepanjang penganjurannya sejak dari tahun 1986, Jawatankuasa Penganjur komited dalam memberikan sepenuh tenaga mereka untuk temasya ini.
Bakal mempertandingkan 30 acara sukan, kali terakhir Johor menjadi tuan rumah dalam Sukma adalah pada edisi ke-4 yang dianjurkan pada tahun 1992.
Untuk kenali Jimi dengan lebih lanjut, anda boleh tonton pautan video di bawah.
https://www.facebook.com/971848133013949/posts/1101125216752906/
Sumber: Utusan
Pelakon Line Walker 2 di Malaysia.
Nick Cheung , Luois Koo and Francis Ng in Malaysia : LINE WALKER 2
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.
Trending now



