
Johor Dinobat Sebagai ‘Destinasi Pilihan Malaysia’ Di Pameran MATTA
Dikenali sebagai negeri yang kaya dengan warisan, keaslian kepulauannya dan taman tema bertaraf dunia, Johor akhirnya terpilih sebagai ‘Destinasi Kegemaran Malaysia’ atau ‘Malaysia’s Favourite Destination’ di Pameran MATTA yang berlangsung di PWTC bermula 6 September hingga 8 September ini.
Johor yang telah mencatatkan kenaikan penerimaan kunjungan pelancong dijangkakan bakal menjadi destinasi kunjungan pilihan pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya bersempena dengan Tahun Melawat Johor 2020.
Manakala, Taiwan pula dipilih sebagai ‘Destinasi Pilihan Asia’ bersempena dengan kempen Salam Taiwan yang mana memaparkan Mira Filzah sebagai duta untuk pelancongan mesra Muslim.
Dalam usaha meningkatkan kedatangan pelancong, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah mengenal pasti beberapa inisiatif dalam mencapai sasaran 30 juta pelancong antaranya menambah penerbangan seperti dari negara Asean, China, India, dan sebagainya ke Malaysia.
Pameran MATTA kali ini merupakan pameran terbesar sepanjang penganjurannya dari tahun 1991 dengan penyertaan lebih 290 agensi dan syarikat pelancongan tempatan dan antarabangsa.
Sumber: Star TV
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1NKsmUHbvM/
Trending now



