Johnson & Johnson Tiada Asbestos

Johnson & Johnson Sahkan Tiada Asbestos Dalam Bedak Talkum Bayi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak beberapa tahun, bedak talkum bayi Johnson & Johnson sering difailkan beribu saman kerana didakwa mengandungi asbestos penyebab kanser ovari.

Terkini, Johnson & Johnson menyatakan pada Selasa (3 Dis) bahawa ujian terkini menunjukkan bedak Johnson’s Baby Powder bebas daripada asbestos setelah siasatan Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat menemui jumlah surih bahan itu.

Sebanyak 155 ujian dijalankan oleh dua makmal pihak ketiga yang berasingan menggunakan empat kaedah ujian berbeza ke atas sampel daripada botol sama yang diuji oleh makmal kontrak FDA, menurut syarikat berkenaan.

Ujian daripada kedua-dua makmal pihak ketiga itu menunjukkan asbestos tidak dikesan di dalam botol yang diuji oleh makmal kontrak FDA. Ia juga tidak dikesan dalam sampel yang ditahan di mana botol-botol itu dihasilkan, menurut Johnson & Johnson.

Johnson & Johnson Tiada Asbestos
Sumber: FMT

Syarikat itu menyatakan siasatannya menyimpulkan bahawa kemungkinan besar penyebab utama bagi keputusan yang dilaporkan FDA adalah sama ada pencemaran sampel ujian atau kesilapan penganalisis di makmal atau kedua-duanya sekali.

Oktober lalu, Johnson & Johnson menarik balik 33,000 bedak talkum bayi keluarannya susulan penemuan bahan asbestos dalam sampel dari satu botol yang dibeli atas talian.

Sumber: Reuters

Lihat bulatan merah.

Harold Scary Stories To Tell In The Dark ‘Bernyawa’ Dirakam CCTV

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.