Johnny Depp Dikatakan Bakal Bawa Watak Joker Dalam Filem ‘The Batman’

Dalam krisis perbicaraan mahkamah mengenai perpisahannya dengan Amber Heard, timbul khabar angin yang mengatakan Johnny Depp merupakan salah seorang calon utama yang akan membawakan watak Joker dalam filem Batman lakonan Robert Pattison.

BACA: Senarai Pelakon Yang Pernah Memegang Watak Batman

Masih lagi belum diputuskan secara rasmi sama ada Johnny Depp memang dipilih memegang watak ini, Depp ‘diperhatikan’ sebagai calon paling ideal membawakan watak Joker yang jauh lebih ‘matang’ sesuai dengan umurnya, 57 tahun.

Johnny Depp Bawa Watak Joker 2

Mendapat reaksi positif daripada orang ramai, rata-rata daripada mereka berpendapat watak Joker yang dibawa Depp akan menjadi lagenda selepas daripada melihat kejayaan watak Jack Sparrow.

Terdahulu, Johnny Depp dikatakan bakal kembali memegang watak Jack Sparrow dalam Pirates of The Carribean selepas digantung dan digugurkan dalam francais berkenaan.

BACA: Johnny Depp Bakal Kembali Pegang Watak Jack Sparrow Dalam ‘Pirates Of The Caribbean’?

Wujud khabar angin bahawa beliau mungkin akan kembali selepas Disney dikatakan kembali menimbangkan cadangan berkenaan.

Pada tahun 2016, Disney dikatakan sengaja ‘menjauhkan diri’ daripada beliau apabila beliau terlibat dalam isu penderaan domestik semasa dalam perkahwinannya bersama Amber Heard.

Antara nama yang dicadangkan untuk menggantikan beliau yang sudah memegang watak sebagai Jack Sparrow selama 15 tahun adalah Zac Efron.

Perpisahan pasangan ini merupakan kisah paling ‘mengerikan’ dalam seharah Hollywood kerana kelihatannya seperti tidak akan habis.

Sumber: Pink Villa