Johnny Depp Dedah Betapa Psikonya Amber Heard

Johnny Depp saman Amber Heard
Sumber: Perez Hilton

Johnny Depp akhirnya mendapat sokongan netizen selepas pendedahan di media sosial bahawa dia tidak bersalah dan difitnah oleh bekas isterinya, Amber Heard atas tuduhan keganasan rumah tangga.

Terdahulu, Johnny menerusi peguamnya menegaskan tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak benar dengan menuntut saman sebanyak AS$50 juta (RM200 juta) dan kenyataan dikeluarkan oleh Amber itu adalah untuk kepentingan dirinya dalam meraih publisiti.

Johnny Depp Amber Heard
Sumber: Business Recorder

Gambar Johnny tersebar di laman sesawang dengan keadaan matanya lebam; didakwa ditumbuk oleh bekas isterinya antara bukti tuntuan saman tersebut.

Begitu juga tersebar gambar jari putus Johnny dan berdasarkan dokumen mahkamah, sebulan selepas pasangan itu berkahwin pada Feb 2015, Amber telah ‘menghancurkan tulang dihujung jari Johnny’; kelihatan hampir hujung jari terputus.

Episod duka Johnny yang bertahun-tahun digelar ‘lelaki jahat’ kerana dituduh mendera bekas isterinya akhirnya membuahkan hasil dan mendapat sokongan netizen membersihkan namanya kembali.

Menurut Hollywoodlife, Johnny tidak pernah meletakkan Amber sebagai seorang yang agresif tetapi sampai satu tahap dia perlu mendedahkan hal yang sebenar.

Dilaporkan, gambar disebalik mata lebam Johnny yang digunakan sebagai tuntutan mahkamah terhadap bekas isterinya itu didapati dia terlambat hadir menyambut ulang tahun Amber yang ke-30. Apabila dia pulang ke rumah, Amber kecewa dan mengkritiknya dan kemudian menjadi ‘agresif’ dan ganas dengan menumbuk Johnny dua kali dimuka.

Johnny pada mulanya lebih kepada berdiam diri berkenaan isu tersebut tetapi dia terpaksa memperjuangkan haknya untuk menegakkan kebenaran dan dia gembira ramai orang menyokong tindakannya itu.

Sumber: Hollywood Life