Johnny Depp Bakal Kembali Pegang Watak Jack Sparrow Dalam ‘Pirates Of The Caribbean’?

Johnny Depp Kembali Watak Jack Sparrow
Sumber: Konbini

Kemelut yang melanda Johnny Depp terhadap isu rumah tangga bersama bekas isterinya, Amber Heard beberapa tahun belakangan ini telah menyebabkan karier beliau digantung Disney dan digugurkan dalam francais Pirates of the Caribbean.

BACA: Peminat Tuntut Keadilan Selepas Rakaman Audio Amber Heard Akui Pukul Johnny Depp Tular

Bagaimanapun, Depp mungkin berpeluang kembali memainkan watak Kapten Jack Sparrow apabila khabar angin mengatakan Disney sedang mempertimbangkan cadangan untuk membawa beliau kembali ke francais tersebut.

Pada 2016, dilaporkan Disney sengaja ‘menjarakkan diri’ dari Depp apabila timbulnya isu penderaan domestik yang dibuat oleh Heard.

Ditambah pula, ura-ura Disney ingin menghasilkan semula francais ini dengan membawa masuk pelakon baharu bagi menggantikan Depp memegang watak Jack Sparrow. Antara pelakon yang dikhabarkan untuk mengambil alih watak itu ialah Zac Efron.

Pastinya, para peminat teruja dengan khabar angin ini yang mana Depp telah memegang watak Jack Sparrow selama 15 tahun.

Johnny Depp Kembali Watak Jack Sparrow

Kemunculan Johnny Depp dalam francais Pirates of the Caribbean telah membantu memberi pulangan besar kepada Disney dengan kutipan keseluruhan melebihi $4.5 bilion dolar dari seluruh dunia.

Oktober lalu, Disney mengumumkan akan reboot filem Pirates of the Caribbean dengan bantuan penulis skrip Chernobyl, Craig Mazin. Dilaporkan plot kali ini memfokuskan watak wanita – bermakna Jack Sparrow hanya watak sampingan, namun belum disahkan lagi.

Sumber: Daily Mail