Joe Flizzow Artis Def Jam

Joe Flizzow Kini Bergelar Artis Di Bawah Naungan Def Jam South East Asia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Rantau Asia Tenggara dipenuhi dengan mereka yang berbakat dalam bidang muzik. Untuk tidak mempersiakan bakat mereka dalam industri seni, Universal Music Group telah mengorak langkah dalam memulakan era baharu muzik hip hop dan rap.

Penyanyi rap dan hip hop negara, Joe Flizzow kini telah mengorak langkah dalam perjalanan seninya dengan menyertai label terbaharu iaitu Def Jam South East Asia, syarikat rakaman yang menumpukan muzik hip hop di rantau ini.

Antara bakat besar lain di seluruh Asia Tenggara yang turut di bawah label Def Jam ialah DABOYWAY (Thailand), Yung Raja (Singapore), Fariz Jabba (Singapore), Alif (Singapore), A.Nayaka (Indonesia) dan Young Bong (Thailand). Pelancaran label terbaru ini telah diadakan pada 17 September lalu bertempat di Music Matters.

Joe Flizzow Artis Def Jam

Mereka sempat berkongsi kehebatan persembahan di depan penonton terpilih yang terdiri daripada kalangan pelopor budaya urban dan tokoh terpenting industri sebelum ditutup dengan persembahan DABOYWAY dengan lagu terbaharu berjudul Gangsh!t.

Syarikat rakaman Def Jam ditubuhkan pada 1984, bermula sebagai label indi yang diinspirasikan dari budaya jalanan kota New York serta kelahiran bunyi hip-hop. Def Jam pernah mewakili nama-nama besar dunia muzik selama 35 tahun seperti LL Cool J, Slick Rick, The Beastie Boys dan Public Enemy.

Dua dekad kemudian, Def Jam memperkukuhkan kedudukan dengan bintang tersohor seperti Jay-Z, DMX, Ja Rule, Method Man & Redman, Ludacris, Rihanna, Jeezy, serta Kanye West.

Kini setelah memasuki dekad keempat, muzik dan gaya hidup Def Jam telah berkembang menjadi sebuah jenama global, sinonim dengan kreativiti, kualiti dan keaslian. Ia merangkumi aneka bakat hebat seperti Justin Bieber, Alessia Cara, Logic, Pusha T, Jadakiss, Vince Staples dan ramai lagi.

Tahniah buat Joe Flizzow atas pencapai yang diterima!

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2WJ9y4FHd6/