
“Jika Kuasa Talak Di Tangan Isteri, Dah Banyak Kali Saya Jadi Duda”
Salah satu perbezaan sikap yang ketara di antara lelaki dan wanita ialah bagaimana mereka dapat mengawal emosi masing-masing ketika marah.
Golongan lelaki diakui lebih bijak mengawal perasaan mereka ketika marah berbanding dengan wanita yang kadangkala seperti orang yang hilang kewarasan fikiran.
Maka sebab itu jugalah dalam Islam, kuasa untuk menjatuhkan talak terletak pada tangan kaum lelaki.
Seorang pengguna Facebook, Norasidah Mohamad telah membuat satu hantaran menarik yang menyentuh mengenai perkara ini.
Jom ikuti hantarannya berikut yang boleh kita jadikan iktibar dan renungan bersama.
Masa tahun akhir di UMS dulu, saya ikuti kursus perkahwinan. Ustaz tu kata, “jika kuasa talak di tangan isteri, dah banyak kali saya jadi duda.” Sungguh dalam maksudnya. Para suami memang perlu banyak bersabar dengan makhluk bernama isteri. Perempuan bila marah, kadangkala hilang waras akalnya.
Teringat masa pertama kali si dia datang ke rumah dan nyatakan hasrat kepada mak, nak jadikan saya isteri bila saya tamat belajar nanti, antara yang arwah mak pesan pada bekas tunang, “Dengan Nora ni kena banyak-banyak sabar. Dia ni manja.” Tersipu-sipulah saya.
Memang dalam adik-beradik sayalah paling kuat merajuk. Tapi mak faham, rajuk yang mesti dipujuk. Tapi tak lama. Alhamdulillah suami tidak pernah biarkan saya merajuk lebih daripada satu jam. Teruk macam mana pun merajuk dan meradang dia mesti akan pujuk.
Begitulah kehidupan rumah tangga. Rajuk isteri bukan kerana dia benci. Tapi mahukan perhatian. Mahukan penjelasan. Mahukan bukti si suami benar-benar menyayangi.
Tahun ini inshaAllah 20 tahun melayari bantera rumah tangga bersama. 24 tahun menyulam cinta. Sering ucapkan terima kasih pada si dia dan merenung dalam wajah si dia saat dia tidur lena. Entah berapa lama lagi Allah izinkan terus bersama menyulam cinta bersama syurga dunia.
BACA: Amaran Buat Perampas Suami/Isteri Atau ‘Penyondol’
Sumber: Norasidah Mohamad
Trending now



