Jika Kau Bercinta lagi 2019

‘Jika Kau Bercinta Lagi’ Versi Duet Fieza Hanis Dan Ezad Lazim Beri Nafas Baru Pada Lagu Pop Popular Era 80-an

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebut sahaja Alleycats, pasti ramai yang masih mengenali lagu-lagu yang dibawakan oleh kumpulan lagenda pop zaman 80-an ini. Masih tidak lapuk ditelan zaman, lagu-lagu lama Alleycats sentiasa membawa auranya yang tersendiri walaupun sudah 50 tahun kumpulan ini dibentuk.

Jika Kau Bercinta lagi 2019 1

Sebagai tanda penghormatan kepada lagu-lagu kumpulan lagenda ini, ramai artis selepasnya yang telah memberikan nafas baharu kepada lagu-lagu Alleycats. Antara yang terbaharu ialah lagu ‘Jika Kau Bercinta Lagi’.

Dicipta oleh komposer dan penyanyi terkenal, M Nasir, lagu ini merupakan lagu single daripada album Alleycats yang pertama, iaitu pada tahun 1979.

Yang menariknya untuk versi ‘Jika Kau Bercinta Lagi 2019’ ini menampilkan gabungan seorang artis baharu yang berbakat besar iaitu Fieza Hanis bersana Ezad Lazim sebagai penampilan khas.

Dengan susunan hebat daripada komposer Syed ENV yang pernah melakukan kolaborasi bersama Dayang Nurfaizah dan penerbit Boon Tan, muzik video ini dihasilkan dengan menjadikan muzik video era 80-an sebagai tema utamanya diiringi dengan gubahan gaya muzik era yang sama.

Untuk pengetahuan anda, Fieza Hanis merupakan penyanyi baharu yang baru sahaja bernaung di bawah syarikat Broadway Entertainment. Berasal dari Pulau Pangkor, Perak, Fieza Hanis sebenarnya sudah mula menyanyi dari kecil dan merupakan anak kepada penyanyi kumpulan rock SYJ iaitu Alang.

https://www.instagram.com/p/BzNpzwhHw7R/

Lebih cenderung membawa irama pop dan balada, Fieza Hanis merupakan antara artis baharu yang menunjukkan potensi tinggi dalam bidang muzik dan mampu pergi jauh dengan adanya sokongan dan bimbingan daripada syarikat muzik ini.

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VkmKyDg6R/