jdt

Jersi Terburuk Februari Jatuh Kepada JDT Oleh Footy Headlines

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Laman komuniti bola sepak antarabangsa, Footy Headline dalam hantaran mereka di Twitter telah mengumumkan jersi JDT keluaran Nike mendapat undian tertinggi jersi terburuk pada Februari ini.

Footy Headline telah mengeluarkan tinjaun awal 20 jersi pasukan yang memiliki rekaan jersi terburuk pada awal bulan Mac 2023 untuk pembaca mereka membuat undian.

jdt

Gergasi Liga Super Malaysia itu mendapat undian sebanyak 39.8% diikuti oleh jersi RKC Waalwijk (Stanno) di tempat kedua dengan 24.1% dan jersi pasukan Basel di tempat ketiga dengan undian sebanyak 16.9%.

Faktor jersi JDT ini mendapat pilihan teramai mungkin turut mengambil kira faktor undian daripada peminat pihak lawan atau ‘haters’ mereka sendiri yang memilih untuk ‘memburukkan’ mereka di luar padang.

Walaupun mendapat undian jersi terburuk, ini sedikit pun tidak memberi sebarang kesan kepada juara Liga Super 9 kali berturut-turut itu apabila merekodkan kemenangan 4 kali berturut-turut dengan satu bolos sahaja pada musim terbaru ini.

BACA: Stadium Sultan Ibrahim Lakar Sejarah Sebagai Yang Tercanggih Di Asia Tenggara