Jerebu Kembali Di Indonesia

Jerebu Kembali Di Indonesia Dengan IPU Mencecah Hampir 400

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Akibat aktiviti kebakaran hutan yang kembali, Indonesia sekali lagi dilanda jerebu teruk sehinggakan pada dua hari lalu bacaan IPU di Palembang, Sumatera Selatan telah mencecah 921.

BACA: Menteri Indonesia Nafi Jerebu Malaysia Berpunca Dari Wilayah Sumatera

Dengan kepadatan penduduk sebagai 1.5 juta orang, jarak penglihatan di kota tersbeut hanya sekitar 150 meter sehingga memaksa arahan penutupan sekolah oleh pihak berkuasa.

Terbaharu hari ini, bacaan IPU menurun kepada 389 setelah Pusat Dana, Informasi dan Hubungan Masyarakat, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia mengarahkan tujuh buah helikopter melakukan pengeboman air dan pembenihan awam serta 8,000 petugas diarahkan memadamkan kebakaran hutan serta ladang.

Jerebu Indonesia Malaysia

Wilayah Palembang turut mencatatkan titik panas tertingggi jika dibandingkan dengan wilayah lain seperti RIau, Jambi dan Kalimantan.

Keadaan jerebu di Palembang semakin teruk berikutan daripada tiupan angin dari tenggara ke barat laut yang membawa jerebu dari kawasan kebakaran di Sumatera dan Kalimantan ke sana.

Untuk pengetahuan anda, sejak 1 Januari lalu, sudah lebih 30,000 hektar kawasan hutan dan ladang di Indonesia terbakar terutamanya di wilayah Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan negara jiran seperti Malaysia dan Singapura juga turut mendapat tempias teruknya pada bulan lalu.

Di Malaysia, IPU masih lagi berada di tahap baik dan sederhana sekitar jam pagi tadi dengan kadar bacaan IPU paling tinggi di Rompin (73), Tangkak (70) dan Klang (69).

Sumber: FMT

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VN0XoB7tS/