
Jepun Umum Reiwa Sebagai Era Baharu Selepas Heisei
Kerajaan Jepun telah mengumumkan empayar baharu selepas era ‘Heisei’ pada Isnin lepas iaitu penurunan takhta Maharaja Akihito pada akhir bulan ini dan akan diserahkan kepada anaknya, Putera Mahkota Naruhito sekali gus menandakan bermulanya era baharu.
Beliau menjadi maharaja Jepun pertama yang melakukan sedemikian kerana kebiasaannya era baharu bertukar apabila seorang maharaja telah meninggal dunia dan penggantinya telah megambil takhta.

Masyarakat Jepun lebih biasa menggunakan istilah ‘gengo’ iaitu nama era bagi sesebuah tempoh pemerintahan seorang maharaja berbanding tahun Masihi.
Perkataan ‘Reiwa’ menggabung dua perkataan, iaitu ‘Rei’ yang bermaksud bertuah, manakala ‘Wa’ sering diterjemahkan sebagai kedamaian atau harmoni. Perkataan ‘Rei’ juga membawa maksud ‘arahan’ atau ‘perintah’.
Ia juga merupakan kali pertama nama gengo ini diambil daripada antologi puisi Jepun tertua, Manyoshu dan bukannya daripada kitab tamadun China.
Menurut laporan, kerajaan dijangka memberi penjelasan mengenai makna di sebalik perkataan itu, termasuk dalam bahasa Inggeris tidak lama lagi.
Walaupun takwim Gregory digunakan secara meluas di Jepun, kalendar empayar turut dipakai di negara matahari terbit itu, dan pengumuman nama era baharu berkenaan memang amat dinanti-nantikan rakyatnya.
Sumber: BBC