Jepun Tawar Rumah Secara Percuma Untuk Tarik Penduduk 2

Jepun Tawar Rumah Secara Percuma Untuk Tarik Penduduk Berhijrah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jepun tawar rumah percuma untuk tarik penduduk.

Disebabkan jumlah rumah terbengkalai di sana melebihi lapan juta, Jepun mengambil inisiatif sendiri bagi memastikan kawasan perumahan tersebut dihuni.

Iaitu dengan menjualnya dengan harga USD500 (RM2,067) untuk sebuah rumah. Malah ada di antara rumah ini yang ditawarkan secara percuma oleh kerajaan Jepun!

Rumah kosong yang juga disebut sebagai ‘akiya’ ini biasanya terletak di kawasan luar bandar Jepun, antaranya Wakayama, Tokushima, Kagoshima dan Kochi yang mana kadar kekosongan rumah adalah lebih 18%.

Fenomena rumah terbengkalai ini biasanya disebabkan oleh perpindahan ke kawasan lain atau pun kematian penghuninya yang sudah lanjut usia.

Jepun Tawar Rumah Secara Percuma Untuk Tarik Penduduk 1
Sumber: Insider

Selain daripada harga yang murah, kerajaan Jepun juga menawarkan insentif subsidi dan renovasi rumah bagi menarik pembeli serta ada juga yang diubah suai menjadi tempat perniagaan baharu seperti restoran dan bengkel.

Jika anda ada niat untuk berhijrah ke negara matahari terbit itu, bolehlah cuba-cuba mencari kediaman yang tidak memerlukan anda membayar kos yang tinggi untuk penjimatan.

Di Malaysia pula, pada April lalu, Better Malaysia Foundation (BMF) melancarkan program  usaha sosial baharu untuk membantu menyediakan penyelesaian kepada masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, terutamanya isi rumah B40.

Menurut pengasas BMF Tan Sri Vincent Tan, usaha itu untuk memudahkan pembinaan hartanah yang berkos bulanan rendah untuk dimiliki, yang disesuaikan reka bentuknya bagi sebuah keluarga.

Jelasnya, rumah mampu milik secara realistiknya berharga dari RM120,000 ke RM300,000 dengan saiz 450 hingga 900 kaki persegi di Lembah Klang.

Baca lanjut di: Demi Bantu Golongan B40, BMF Cadang Rumah Mampu Milik Dengan Pembiayaan 60 Tahun

Sumbe: Insider