Jepun Sekali Lagi Pecah Rekod Hasilkan ‘Bullet Train’ Dengan Kelajuan 4,800KM/J?

Sumber: Lonely Planet

Menurut satu sumber video yang dimuat naik di Facebook, Jepun sekali lagi dikatakan telah memecahkan rekod dengan hasilkan bullet train dengan kelajuan 4,800km/jam. Memang laju tak masuk akal.

Dikatakan juga, hanya dalam tempoh masa 10 minit, kereta api laju ini mampu menamatkan laluan sepanjang 502km dengan kelajuan 4,800km/jam.

Tak masuk akal, bukan?

Dikenali sebagai N700S yang mana huruf S tersebut mewakili perkataan ‘Supreme’, kereta api ini terdapat di laluan Tokaido Shinkansen yang menghubungkan stesen Tokyo dan stesen Shin-Osaka di Osaka.

Merupakan model kereta api terbaharu yang ditambah oleh Central Japan Railway (JR Central) dalam 13 tahun, kereta api ini sudah pun memulakan perkhidmatannya pada 1 Julai lalu yang mana pada awalnya dirancang akan dilancarkan bersempena dengan acara Olimpik Tokyo 2020 (yang ditunda ke tahun 2021).

Namun menurut sumber CNN, ianya tidaklah dipandu dengan kelajuan sebegitu – 4,800km/jam, sebaliknya hanya 360km/jam semasa ujian pada tahun 2019 yang mana kelajuan operasinya secara komersial ialah pada 285km/jam sahaja.

Dihadirkan dengan logo emas, N700S secara umumnya tidak banyak berbeza dengan model N700 atau N700A tetapi ciri fizikalnya jika diperhatikan secara teliti, muncung N700S lebih muncung dengan ‘pipi’ yang lebih berisi dan lampu depan yang lebih kecil.

Jepun Pecah Rekod Hasilkan ‘Bullet Train’ Dengan Kelajuaan 4,800KM/J
Sumber: Engadget

Manakala di bahagian dalam, tempat duduk direka khas dengan laluan keluar individu untuk keselesaan penumpang terutamanya buat mereka yang melalui perjalanan jarak jauh. Dengan sistem yang membantu menyerap pergerakan yang ditambah baik, perjalanan menaiki kereta api ini akan menjadi lebih ‘senyap’ dan lancar.

BACA: Trend Pelik Di Jepun, Sewa Kereta Bukan Untuk Memandu Tapi Tidur

Bukan setakat itu, kereta api model terbaharu ini juga digunakan sebagai pengangkutan bagi memindahkan penumpang ke kawasan selamat sekiranya berlaku gempa bumi.