Jepun Sediakan Masjid Bergerak Demi Kemudahan Umat Islam Sempena Olimpik 2020

Masjid Bergerak Olimpik 2020
Sumber: APNews

Boleh dikatakan Jepun cukup bersedia dengan temasya sukan yang cukup besar, Olimpik 2020 yang bakal berlangsung di negara mereka. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan demi kesejahteraan para altet dan pengunjung dari seluruh dunia.

Semakin hampir dengan temasya berprestij ini, Jepun telah menyediakan Masjid Bergerak yang dikendalikan oleh Yasu Project khususnya bagi mereka yang beragama Islam.

Masjid bergerak ini asalnya adalah sebuah trak 25 tan yang diubah suai bahagian belakang trak untuk memberi kemudahan umat Islam menunaikan solat sepanjang berlangsungnya temasya Sukan Olimpik 2020.

Ia mempunyai keluasan 48 meter persegi dan boleh memuatkan 50 jemaah pada satu masa. Turut disediakan kemudahan menentukan arah kiblat serta ruagn berwuduk.

Masjid Bergerak Olimpik 2020
Sumber: Apnews

Ketua Pegawai Eksekutif, Yasuhara Inoue mendapat idea untuk membangunkan projek itu ketika menghadiri lawatan ke Qatar empat tahun lalu. Katanya, mereka pada mulanya menyasarkan untuk menyediakan kemudahan itu di acara sukan di Jepun dan luar negara.

Masjid Bergerak Olimpik 2020
Sumber: APNews

Justeru, dengan adanya projek yang dikenali sebagai Mobile Mosque ini, ia boleh dipindahkan ke lokasi sukan Olimpik dengan lebih mudah sekiranya diperlukan.

“Saya pasti berasa gembira sekiranya rakyat Indonesia, Malaysia, Afrika, Asia Barat serta pelarian dari Syria dapat menggunakan masjid ini sebagai satu usaha mempromosikan keamanan dunia,” katanya.

https://careta.my/article/jepun-sediakan-masjid-bergerak-untuk-pengunjung-sukan-olimpik-2020

Sumber: Harian Metro, Careta