
Jepun Gubal Undang-Undang Haramkan Pejalan Kaki Guna Telefon Semasa Berjalan
Jepun gubal undang-undang haramkan pejalan kaki menggunakan telefon pintar semasa berjalan.
BACA: Individu Miliki Telefon Pintar Bawah Usia 21 Tahun Bakal Didenda Sehingga RM4,000 Di Negeri Ini
Menggunakan telefon pintar semasa berjalan sudah menjadi kebiasaan masyarakat zaman kini. Disebabkan tabiat ini boleh mendatangkan bahaya, kerajaan Jepun telah menggubal satu rang undang-undang yang melarang pejalan kaki menggunakan telefon pintar semasa berjalan.
Undang-undang yang telah dikemukakan kepada dewan perbandaran menjelang Julai oleh salah seorang pegawai perbandaran di Yamato, Masaaki Yasumi adalah bertujuan bagi mengelakkan peningkatan kadar kemalangan khususnya di kawasan yang berpopulasi tinggi.
Dalam satu kajian yang dilakukan pihak perbandaran, penyelidik mendapati hampir 12% daripada 6,000 pejalan kaki yang berjalan berhampiran dua stesen bandar menggunakan telefon semasa berjalan.

Meskipun undang-undang yang mengharamkan pejalan kaki menggunakan telefon pintar ini akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini, namun tiada sebarang hukuman akan dikenakan kepada mereka yang melanggarnya.
Publisiti mengenai larangan ini akan dilakukan menerusi mesej di papan-papan iklan.
Pada tahun 2014, syarikat mudah alih Jepun, NTT Docomo telah melakukan satu kajian dan mendappati jarak pandang pejalan kaki yang berjalan dengan melihat skrin telefon akan berkurangan 5% berbanding biasa.
Kajian dilakukan dengan menjalankan simulasi terhadap 1,500 pejalan kaki yang melintas di lintasan Shibuya sambil memandang skrin telefon pintar mereka.
Hasil mendapati dua pertiga daripada responden gagal menyeberang lintasan Shibuya tanpa sebarang insiden kemalangan seperti pelanggaran (446), jatuh (103) dan tercicir telefon (210 akibat daripada memandang skrin telefon pintar.
Di Jepun, bukan setakat pejalan kaki menggunakan telefon pintar semasa berjalan malah ada juga yang menggunakannya semasa menunggang basikal.
Sumber: Daily Mail UK