Kenderaan Ke Bulan

Jepun Bakal ‘Hantar’ Toyota Ke Bulan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Agensi Eksplorasi Angkasa Jepun (JAXA) telah bekerjasama dengan pembuat kereta terbesar negara Jepun untuk membina sebuah rover bergerak sendiri untuk mendarat di permukaan bulan pada tahun 2029.

Kenderaan berkuasa solar beroda enam ini direka khas untuk mengangkut dua orang angkasawan tanpa perlu memakai sut dengan jarak sejauh 10,000 kilometer.

Kenderaan Ke Bulan 3

JAXA memberikan idea bahawa kenderaan tersebut akan dihantar dahulu dan berupaya bergerak dengan sendiri kemudiannya secara automatik akan bertemu dengan angkasawan apabila mereka naik ke bulan.

Hampir sama dengan konsep ‘kampung halaman’ dan ‘negara asal’, kenderaan ini dibina dengan melihat kepada isu alam sekitar berskala global, konsep ‘rumah planet’; tempat asal semua manusia.

Kenderaan Ke Bulan

Melepasi kerangka kerja negara atau kawasan, kenderaan ini dibina dengan pemikiran pelaksanaan peranan dan berkongsi inspirasi penerokaan ruang angkasa antarabangsa.

“Lagi pula, kereta digunakan di kawasan bumi, dan di sesetengah kawasan, kereta memainkan peranan aktif untuk meyakinkan bahawa manusia akan balik dalam keadaan hidup. Perkara inilah yang menjadi konsep pelaksaan projek.” – Presiden Toyota, Akio Toyoda

Dengan terlaksananya projek ini, pihak Toyota boleh melihat jangkaan dan menilai daya tahan serta prestasi kenderaan Toyota yang menggunakan teknologi bahan bakar mesra alam.

Bukan hanya Toyota, malah syarikat kenderaan Audi juga dalam proses untuk menghasilkan beberapa kenderaan yang diharapkan dapat bergerak di atas permukaan bulan.

Sumber: Metro UK