
Jenis-Jenis ‘Scam Renovation’ Yang Masih Kerap Dilaporkan Berlaku Di Malaysia
Kes-kes ‘scam renovation’ atau penipuan yang melibatkan kontraktor binaan untuk ubah suai bangunan atau rumah masih lagi kerap dilaporkan berlaku di negara kita.
Baru-baru ini, isu ini turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) yang memandang serius gejala yang semakin membimbangkan ini.
Menyedari hakikat ini, seorang arkitek, Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli dari Sabirin Rosli Architect telah berkongsi info berguna berikut di Facebooknya bagi membantu orang ramai mengenal pasti jenis-jenis ‘scam’ sebegini dan juga beberapa tip untuk menapis kontraktor yang bermasalah.
Semoga selepas ini orang ramai dapat mengelak dari menjadi mangsa ‘scam renovation’ yang seterusnya.
Scam renovation ni bukan benda baru. Kadang yang terkena pun kawan-kawan keliling kita, tak tertinggal juga keluarga. Saya pun ada pengalaman terkena. Biasalah. Terlebih percaya. Persatuan Arkitek Malaysia pun dah buat kenyataan pasal YB Teresa Kok highlight isu scam renovation ni.
Scam renovation ini banyak jenis. Contohnya ini:
- Bayar deposit, kontraktor tak masuk-masuk buat kerja. Lepas tu bluetick saja.
- Bayar lain, buat kat site lain.
- Bayar lamsam, ingat semua benda masuk. Rupanya ini tak masuk, itu tak masuk.
- Bayar dah nak 90%, progress kat site tak sampai 50%. Bila kontraktor takda modal nal sambung kerja, lari.
Ini baru sikit. Ada macam-macam lagi. Viral pun belum tentu gegar scammer-scammer ni. Dia cekau duit sini, cover duit sana. Begitulah MO dia. Sebagai arkitek, klien mengadu benda ni dah banyak dah. Semua gara-gara apa? Ingat kerja tu sikit saja. Tak perlu engage arkitek.
Nak cari kontraktor ni tak mudah. Nak cari yang boleh PERCAYA, itu lagi susah. Tapi tak bermakna mustahil.
Hari ni saya nak cerita cara saya tapis kontraktor. Berdasarkan pengalaman dan pernah juga terkena awal-awal dulu.
1) Tak desperate
Kontraktor desperate jenis pagi bagi quotation, tengah hari update tanya on x on. Pening juga. Tak bagi peluang klien nak bernafas sikit. Tak dapat duit, follow up memang menggila. Dah dapat duit, follow up seminggu sekali baru update. Carilah kontraktor yang tenang-tenang sikit.
2) Ada lesen CIDB
Ini 50-50. Yang ada lesen pun menipu juga. True story. Tapi lebih baik ada lesen dari tak ada. At least boleh check kalau ada apa-apa jadi.
3) Jangan percaya bulat-bulat di media sosial..
Kita tengok FB, IG TikTok dia ni macam bagus. Tunggu. Contact dan kalau boleh pergi tengok work in progress kontraktor ni. Lebih baik begitu. Kalau pergi site terjumpa klien dia, ha eloklah berbual supaya lebih mudah nak tahu prestasi kerja dia macam mana.
4) Recommend dari keluarga/kawan
Ok ini ada 2. Kita ni jenis cepat kasihan. Bila orang recommend ahli keluarga or kawan kontraktor. Kita cepat percaya. Pasal orang dekat kan. Takkan nak buat hal tapi yang recommend orang dekat ni la yang banyak kontraktor buat hal.
Kalau orang lain recommend kontraktor dan dia kata itu bagus, itu cerita lain. Banyak sangat kes kontraktor buat hal bila ikut recommend dari orang dekat. Kita tak check pula hasil kerja, main percaya saja.
Ingat, kawan or keluarga, buat due diligence. Duit hilang tak mengira suku sakat ya.
5) Bila call, angkat.
Kontraktor sekalian, bila dah ambil duit orang, klien call tu angkat lah. Biasalah kalau ada komen atau dia tanya update. You gain their trust, you get more business. Ini yang mudah cakap tapi tak tahu kenapa susah mereka nak buat.
Dah dapat duit, punya susah nak angkat call or be responsive. Bila job tak masuk, salahkan kerajaan. Amende. Kalau jenis message harini, lagi 3 4 hari reply, sila potong awal-awal. Takut sekali message dia terus blue tick dan hilang di awangan terus, sekali dengan duit anda.
Ada satu lagilah sebab tambahan kenapa kontraktor lari.
Ini maaf cakap, kadang klien ingat kontraktor ini hamba. Call tengah malam, tak kira masa. Kontraktor dia ingat bila dia dah bayar, dia boleh maki sesuka hati. Dia ingat kontraktor semua penipu jadi dia layan teruk-teruk. Bro sis, what you give, you get back. Ini saja tambahan.
********
Dalam hal ni, engage lah arkitek untuk check kerja kontraktor. Fee arkitek bergantung pada nilai kerja, benda boleh bincang. Kos yang kita nak jimat itulah kadang kala buat kita rugi lagi besar. Dah ada legal framework dah untuk kerja-kerja construction ni. Follow saja. Jangan cut corner.
Ar.Ahmadkhairul Sabirin
Cegah sebelum parah
BACA: Ubah Suai Melampau, 15 Flat DBKL Telah Dikenakan Tindakan Roboh
Sumber: Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli