Kadaram Kondan dihalang Malaysia

Jejas Imej PDRM, Filem Tamil ‘Kadaram Kondan’ Diharamkan Tayangan Di Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem aksi terbaru Tamil yang berjudul Kadaram Kondan mendapat sambutan yang mengalakkan di India. Namun filem ini tidak mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk ditayangkan di Malaysia menurut pengedar filem, Lotus Five Star.

Ia berikutan kerana filem tersebut ada menunjukkan jalan cerita yang menjejaskan imej pasukan polis Malaysia (PDRM).

https://www.instagram.com/p/B0GCtWTFBJC/?utm_source=ig_embed

Sebelum ini, filem lakonan aktor terkenal ‘Chiyaan’ Vikram itu digemparkan tiada tayangan di Malaysia kerana tajuknya yang dikatakan membawa maksud ‘penaklukan negeri Kedah’.

Kadaram Kondan dihalang Malaysia
Sumber: Dailyhunt

Walau bagaimanapun, filem ini bukanlah filem sejarah tetapi merupakan filem aksi.

Menurut pengerusi LPF, Mohd Zamberi berkata, “Kalau sekadar adegan sahaja, kita boleh potong yang memberi lulusan. Tapi, ini sepanjang jalan cerita menjejaskan imej polis Malaysia. Kalau kita potong banyak adegan dan memberi kelulusan tayangan, nanti orang tidak faham.”

Filem tersebut menggambarkan polis Malaysia sebagai pegawai tidak bertanggungjawab dengan menerima rasuah dan ada adegan yang boleh membuat tanggapan tidak tepat serta mengelirukan terhadap pasukan penguatkuasaan Malaysia ini.

Kadaram Kondan merupakan filem terbitan pelakon legenda India, Kamal Haasan. Filem arahan Rajesh M Selva ini turut dibintangi pelakon kelahiran Sarawak, Jasmine Kaar yang bermain watak antagonis utama.

Penggambara Kadaram Kondan 90 peratus dibuat di Malaysia, dan sedang hangat ditayangkan di pawagam di seluruh dunia.

Sumber: Malaysia Kini, India Today