Jejak Pengguna Dalam Mod Inkognito, Google Disaman Lebih RM22 Bilion

Jejak Pengguna Dalam Mod Inkognito, Google Disaman Lebih RM22 Bilion

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gara-gara jejak pengguna meskipun di dalam mod inkognito, Google kini berdepan dengan saman sebanyak USD5 bilion (RM22 bilion) oleh tiga plaintif di Mahkamah Persekutuan San Jose, California.

BACA: Lihat Bagaimana Google Voice Typing Bantu Anda Siapkan Tugasan Dengan Lebih Cepat Tanpa Perlu Menaip

Nilai tersebut adalah bagi setiap kesalahan mengintip dan menceroboh privasi yang melibatkan jutaan pengguna sejak 1 Jun 2016 menerusi komputer atau telefon pintar.

Google dikatakan menjejak pengguna secara haram menerusi carian dan secara diam mengumpulkan data melalui Google Analytics, Google Ad Manager, aplikasi lain dan plug-in laman web termasuklah aplikasi telefon pintar tanpa mengira sama ada pengguna mengklik iklan yang disokong Google.

Pencerobohan ini membolehkan Google jejak pengguna dan mengenal pasti hobi rakan, makanan kegemaran, tabiat membeli-belah, malah perkara-perkara yang boleh memalukan pengguna. Dalam erti kata lain segala apa yang pengguna cari di internet.

Jejak Pengguna Dalam Mod Inkognito, Google Disaman Lebih RM22 Bilion 1
Sumber: New York Post

Walaupun data yang diperoleh tidak berkait secara terus kepada pengguna, tetapi dengan data yang ada Google mampu mengenal pasti identiti pengguna.

Mod inkognito merupakan satu mod khas yang digunakan ketika pengguna mahu mengambil langkah keselamatan bagi mengelakkan identiti dan data mereka terdedah kepada orang lain.

Google sebelum ini mengumumkan telah membuang lebih 600 aplikasi yang mengandungi iklan tidak selamat daripada Google Play Store dan melanggar terma pemaparan iklan dan dasar interstital. Bukan itu sahaja, aplikasi-aplikasi berkenaan turut diharamkan daripada platform pengiklanan Google seperti Google AdMob dan Google Ad Manager.

Sumber: NBC News, Amanz