
JDT Ungguli Liga Super Enam Kali Berturut-Turut
Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Liga Super pada musim ini sekali gus melakar sejarah bola sepak tanah air sebagai satu-satunya pasukan memenangi gelaran itu buat kali keenam berturut-turut selepas menewaskan Melaka United 2-1, malam tadi.
Nazmi Faiz Mansor dan penyerang import Harimau Selatan, Diogo Luis Santo masing-masing meledak gol pada babak pertama sebelum kapten Melaka United, Shukor Adan menjaringkan gol sagu hati buat pasukan tuan rumah pada penghujung perlawanan.

Pada aksi malam tadi, Muhamad Nazmi Faiz Mansor menjaringkan gol seawal minit ketujuh sebelum penyerang import, Diogo Luis Santo menampilkan kemahiran mengawal bola yang baik untuk mencetak jaringan ke-10 peribadinya musim ini pada minit ke-27.
7'| GOL NAZMI FAIZ!
Nazmi Faiz Mansor membuka jaringan pertama pada malam ini selepas kekalutan dihadapan pintu gol Melaka! Tuan rumah ketinggalan ketika ini!
@MelakaUnitedSA 0-1 @OfficialJohor #LigaSuper2019#MFLLive#MELJDT pic.twitter.com/VsnQnJG4Gg
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 26, 2019
27'| GOL DIOGO!
Diogo menggandakan kedudukan buat JDT selepas kawalan bola yang baik dari beliau menghasilkan gol ke-10 beliau musim ini!
@MelakaUnitedSA 0-2 @OfficialJohor #LigaSuper2019#MFLLive#MELJDT pic.twitter.com/YQKWOKzmoE
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 26, 2019
Kejayaan itu membolehkan JDT mengumpul 46 mata dan menamatkan perebutan takhta lebih awal dengan baki empat perlawanan liga. Ditambah pula dengan kejayaan bersejarah itu dilengkapi dengan rekod bersih tanpa kalah selepas merakamkan 14 kemenangan dalam 18 perlawanan.
Keputusan itu turut mengesahkan JDT bakal meraih tiket automatik sebagai wakil Liga Malaysia (Liga M) untuk bersaing pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.
Sumber: Kosmo