JDT Paling Mahal

JDT Pasukan Paling Mahal Dengan Nilai Cecah RM30 Juta

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pasukan bola sepak Johor Darul Takzim atau JDT yang ditubuhkan pada tahun 1972 diumumkan sebagai pasukan paling mahal dan bernilai dalam Liga Malaysia dengan harga pasaran mencecah £5.56 juta (RM30 juta).

Perkara ini didedahkan oleh laman web Transfer Markt yang selalu menjadi rujukan kepada ejen pemain atau pasukan dengan nilai pasaran yang ditetapkan berdasarkan kepada beberapa faktor terutamanya pencapaian pemaian dan tahap penyertaan liga.

Merangkul gelaran juara dalam Liga Super lima kali berturut-turut, anggaran harga tersebut dikira dengan melihat kepada jumlah keseluruhan harga pasaran pemain pasukan JDT yang sudah hampir setaraf dengan beberapa kelab terkemuka Thailand termasuk Buriram United yang bernilai £5.87 juta (RM31.7 juta).

JDT Paling Mahal
Sumber: Semuanya Bola

Nilai tersebut turut dibantu dengan penguasaan beberapa pemain yang tersenarai dalam carta pemain paling bernilai dalam pasaran, antaranya:

1. Diogo Luis Santo – £900,000 (RM4.8 juta)
2. Leandro Velazquez – £720,000 (RM3.8 juta)
3. Mauricio Nascimento dan Gonzalo Cabrera – £675,000 (RM3.6 juta)
4. Natxo Insa – £720,000 (RM3.8 juta)
5. La’Vere Corbin-Ong – £248,000 (RM1.3 juta)

Manakala, untuk pencabar utama JDT iaitu Pahang muncul sebagai pasukan kedua termahal dengan nilai pasaran keseluruhan £2.63 juta (RM14.2 juta), Melaka United £2.41 juta (RM13 juta) dan FELDA United £2.52 juta (RM13.6 juta).

Walau bagaimanapun, nilai untuk Melaka United hanyalah nilai anggaran kerana terdapat pemain daripada pasukan itu yang tidak dapat dipastikan nilainya dan sudah menyertai pasukan lain.

Untuk FELDA United pula, penilaian dibuat dengan melihat kepada skuad musim lalu dengan penyertaan beberapa pemain bernilai tinggi seperti Thiago Fernandes dan Ifedayo Olusegun yang sudah keluar pada musim ini.

Sumber: Berita Harian