JDT PES 2020

JDT FC Buat Penampilan Pertama Dalam Permainan PES 2020

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dua permainan video bola sepak yang cukup sengit buat masa kini iaitu eFootball Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) dan FIFA. Kedua-dua kini saling bersaing untuk mendapatkan lesen untuk pasukan-pasukan utama di dunia.

Melalui Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers, mereka telah mengesahkan akan tampil secara rasmi dalam PES 2020 melalui AFC Champions League. Konami, penerbit permainan video dari Jepun telah mengeluarkan senarai lengkap kesemua pasukan yang akan dibawakan ke dalam PES 2020, sama ada yang rasmi ataupun kelab dengan nama rekaan.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos/a.217885345041439/1425308050965823/?type=3&theater

Ini menjadikan JDT kelab pertama Malaysia yang dimasukkan secara rasmi ke dalam mana-mana permainan bola sepak AAA, sejak kali terkahir penampilan Liga Malaysia dalam FIFA 98.

JDT PES 2020
Sumber: Konami

Ia merupakan rekod terbaharu JDT sebagai sebuah kelab yang telah mencatat pelbagai kejayaan di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

eFootball PES 2020 akan dilancarkan secara rasmi pada 10 September 2019 untuk platform PC, PS4 dan Xbox One.

Tahniah JDT!

Sumber: Football Tribe

 

Lexis Hibiscus 2 lebih mewah daripada yang pertama.

Lexis Hibiscus 2 : YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.