Jawigram, Bantu Anda Tulis Jawi Dengan Lebih Mudah 1

Jawigram, Bantu Anda Tulis Jawi Dengan Lebih Mudah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bersempena dengan pengumuman Hari Jumaat adalah Hari Jawi, ramai daripada kita cuba untuk mengaplikasikan tulisan Jawi dalam hantaran di media sosial.

Namun dengan menggunakan papan kekunci biasa, menulis tulisan Jawi adalah sedikit sukar berbanding dengan tulisan Rumi.

Cakna dengan kesukaran yang dihadapi oleh kebanyakan orang, pembangun tempatan telah membangunkan satu bot Telegram yang membolehkan pengguna menukarkan tulisan Rumi kepada Jawi dengan mudah.

Pengguna hanya perlu menaip perkataan yang diingini dan secara automatik perkataan berkenaan akan bertukar kepada tulisan Jawi.

Jawigram, Bantu Anda Tulis Jawi Dengan Lebih Mudah
Sumber: Amanz

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mempelajari perkataan dan tulisan Jawi baharu setiap hari.

Hanya dengan menggunakan tiga kata kunci iaitu /learn, /about dan /help, anda boleh menggunakan bot Telegram Jawigram ini dengan mudah. Yang penting pastikan anda menggunakan ejaan penuh.

Klik JAWIGRAM untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Sebelum ini, usaha memartabatkan semula tulisan Jawi dengan mengumumkan Hari Jumaat sebagai Hari Jawi telah diperlekehkan beberapa pihak.

BACA: Perlekeh Pelaksanaan Hari Jawi, Ada Yang Mahu Jumaat Turut Diiktiraf Sebagai ‘Hari Makan Babi’

10 Julai yang diumumkan sebagai permulaan kepada ‘Hari Jumaat Hari Jawi’ oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengundang rasa tidak senang beberapa individu yang meninggalkan komen-komen berbaur kontroversi.

Laporan polis telah dibuat menyebabkan polis membuka  kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

Sumber: Amanz